HASSAN ALI JUMPA TG NIK AZIZ, TG HADI & DR HARON DI JKR 10

Bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Nasharuddin Mat Isa telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din semalam untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti yang sebelum ini.


Pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hasan dan Nasharuddin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS yang lain di Kota Bharu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Nik Aziz, dan menurutnya, Hasan turut memohon maaf daripada pimpinan PAS mengenai perkara itu.

“Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

“Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya.

“Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan,” kata Nik Aziz selepas melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama Bachok hari in.
Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”

Sehubungan itu, menurut Nik Aziz, pihaknya sendiri akan mengadakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan di JKR 10 hari ini sebagai tanda syukur terhadap penyelesaian kes berkenaan.

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya lagi.
 
... Alhamdulillah harap semuanya selesai...

Ulasan

Catatan Popular