"HUDUD KENE REALISTIK".... BODOH PUNYE NAJIB 'SESAT'

UALA LUMPUR, 24 Sept — Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.


Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.


“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

“Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,” kata Najib.
Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

... kalau semua benda nak kire realistik... kentut basuh punggung je lah atau tak yah basuh takde... nie tak kene start amik wuduk balik... bodo punye najib

Ulasan

  1. Salam tuan, panglima pun cukup tak bersetuju dgn najib. Kata-katanya boleh menyebabkan beliau murtad...tetapi sbg ahli Pas, dlm sepak terajang politik jgn keterlaluan mengatakan beliau sesat walaupun kita mmg betul. Kelak kita yang akan rugi dalam mendapatkan undi rakyat. Pandangan ikhlas Panglima7

    BalasPadam
  2. kata-kata najib bukan sahaja sesat malahan beliau telah terkeluar Islam.... tak wajib solat/ tanam kubur Islam kalau mati sebelum bertaubat

    BalasPadam
  3. isteri rosmah ni memang saLah tapi jamiL tu buat apa? rumah tak siap2 Lagi ke ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular