WANITA UMporNO KELANTAN MARAH PADA TOK GURU.

Wanita UMporNo Kelantan menyelar tindakan PAS Kelantan yang cuba memperkenalkan insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan secara poligami seolah-olah menggalakkan poligami dikalangan masyarakat Kelantan.

Sebaliknya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu tidak bermaksud kerajaan negeri menggalakkan mereka supaya berpoligami.

Nik Aziz berkata pendekatan itu lebih kepada usaha mencari kedamaian pasangan yang mempunyai niat untuk berkahwin lebih daripada satu supaya tidak menimbulkan masalah kepada keluarga apabila mereka merahsiakan sesuatu perkahwinan.

“Kita tidak galakkan lelaki berpoligami, tetapi ia bertujuan mencari kaedah bagaimana perkahwinan poligami itu dapat dilaksanakan secara tersusun dan tidak menimbulkan masalah kepada pasangan terbabit, kerana ia adalah sesuatu yang sensitif baik bagi lelaki atau wanita,” katanya.

Nik Aziz bagaimanapun berkata kerajaan negeri belum dapat menerangkan apakah bentuk insentif yang bakal diberikan itu.

Katanya, cadangan kerajaan negeri ini bukan sahaja tidak dihalang oleh agama, malah kaedah itu boleh membantu anak dara tua atau janda berkahwin dan mendapat pembelaan suami.







Ulasan

Catatan Popular