Cari kerja lain yg lebih Berfaedah sikit boleh ke Wartawan Utusan?

Bodoh Punya Utusan .Fitnah,,Fitnah...Fitnah


Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing hari ini mengecam apa yang dilabelnya sebagai tindakan “Hentam Kristian” berikutan laporan di Utusan Malaysia yang mendakwa dana bagi perhimpunan BERSIH 2.0 dibiayai oleh pertubuhan Kristian.

Beliau yang juga presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia berkata akhbar milik Umno itu seolah-olah mempunyai lesen bagi menerbitkan dakwaan liar serta tanpa bukti bagi mengeruhkan hubungan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini.

“Saya gerun kerana tidak ada apa yang dilakukan bagi menghentikan akhbar ini daripada mengeluarkan perkara mengarut seperti ini.

“Ini menunjukkan pihak berkuasa lebih berminat menangkap dan memantau orang ramai yang mahu meluahkan perasaan mereka secara sah daripada menghentikan tindakan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap beberapa individu dan kumpulan di negara ini,” katanya hari ini.

Dalam lidah pengarang akhbar itu semalam, Utusan mendakwa jutaan ringgit disalurkan daripada 11 pertubuhan asing Kristian bagi membiayai dana perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 9 Julai ini.

Sebelum ini, akhbar yang sama yang memetik dua blog pro-Umno pernah melaporkan sekumpulan paderi Kristian berhasrat menegakkan agama mereka sebagai agama rasmi Malaysia dan melantik seorang pemimpin Kristian sebagai perdana menteri.

Ulasan

  1. bela kristian nampak..........dari membela utusan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular