CEH!!! TPM BERBOHONG RUPENYE...

KUALA LUMPUR, 21 April — Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) menuduh Muhyiddin Yassin berbohong apabila bulan lalu mengatakan bahawa kontroversi berkaitan novel “Interlok” sudah selesai.


Kumpulan itu yang terdiri daripada pelbagai organisasi khususnya mewakili kaum India juga mendakwa Kementerian Pelajaran juga telah gagal dalam memberi respons ke atas laporan-laporan yang dihantar mereka, menggariskan alasan mengapa novel itu seharusnya digugurkan daripada silibus kementerian.

Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Hai berkata novel itu pada keseluruhannya menggambarkan kesemua rakyat Malaysia secara negatif, bukan hanya masyarakat India.

Ulasan

Catatan Popular