HIKMAH DISEBALIK 'SALAM'... SOKONGAN CINA MENINGKAT

...Ingatan kepada UMNO/BN... jangan diperlekehkan amalan Islam kerana yang empunya agama adalah Allah Tuhan Sementa Allah... yang Maha Berkuasa atas segala-galanya....

LABIS, 27 Jan — Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti besar — sekurang-sekurangnya 5,000 undi — agak mustahil ekoran kempen DAP yang mula mendapat sambutan luar biasa.

BN meletakkan sasaran untuk menggandakan majoriti berbanding tahun 2004.

Difahamkan Umno yang yakin untuk memenangi majoriti pengundi Melayu di kawasa itu mula menyalahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana didakwa gagal mengawal momentum yang dibawa DAP dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.

“Saya rasa mereka telah memperkecilkan pengaruh Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) terhadap pengundi Cina, mereka ingat orang tidak ramai dan tidak seperti ceramah PAS dan PKR yang dihadiri penduduk tempatan,” kata seorang pegawai Umno

Kit Siang dan anak lelakinya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menghabiskan masa satu hari di kawasan Tenang dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kempen ceramah yang mereka sertai.

Kedua-dua ceramah yang diadakan pada malam Isnin dan Selasa lalu dianggarkan disertai kira-kira 300 penduduk tempatan, bilangan yang agak besar bagi mana-mana ceramah yang diadakan di Tenang.

Kini DAP yakin calon PAS Normala Sudirman boleh memenangi sekurang-kurangnya 60 peratus undi Cina di Tenang. Pada pilihan raya umum 2008 PAS meraih sebanyak 58 peratus undi Cina.

“Sekarang kami mempunyai kira-kira 60 hingga 65 peratus dan kami sasarkan ia meningkat sehingga 70 peratus, ia masih sukar kerana dibeberapa kawasan kami tidak begitu kuat,” kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.

DAP menganggarkan undi Cina di Tenang masih belum melebihi 30 peratus sebaik sahaja kempen bermula, ia bagaimanapun membuat Umno terdesak untuk mendapatkan lebih banyak sokongan pengundi Cina.

“Masalahnya kami tidak boleh berbincang dengan parti komponen bagi situasi di kawasan Cina.

“Tanpa sokongan kuat daripada pengundi Cina, ia agak mustahil untuk dapat 5,000 undi majoriti,” kata seorang lagi pegawai Umno.

MCA berada di bawah tekanan untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina di kawasan Tenang yang merupakan kubu kuat BN.

Pada 2004 BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,517 undi tetapi jumlah itu berkurang kepada 2,492 pada pilihan raya umum 2008 yang mana majoriti besar undi Cina memihak kepada pembangkang.

Ulasan

Catatan Popular