TEKA-TEKI MUSTAFFA AKAN KELUAR PARTI TERJAWAB!!!

Walaupun tewas dalam saingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan terus bersama parti itu, sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat itu.


Mustaffa berkata beliau telah memutuskan untuk terus bersama meskipun ada diajak oleh penyokong Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan PKR baru-baru ini dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mustaffa juga meletakkan dakwaan itu tetapi terus bersaing dengan protes.


Beliau ditewaskan oleh Azmin Ali yang hari ini disahkan sebagai timbalan presiden.


“Kalah dalam pertandingan adalah satu perkara biasa. Bila bertanding kita perlu bersedia sama ada akan menang atau kalah.


“Jangan salah faham bila saya buat aduan, walaupun pahit ditelan saya harus beritahu mengenai kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti.


“Saya buat aduan bukan sebab nak lemahkan parti tapi mahu supaya menjadi model contoh kepada Pakatan Rakyat,” kata bekas naib presiden ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini.


Mustaffa menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama PKR demi perjuangan kepada rakyat.


“Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.


“Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita,” katanya.


Tambah Mustaffa selepas 12 tahun bersama PKR, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti.


“Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim.


“Dan, saya tidak pernah menyesal (melakukannya),” kata beliau disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Ulasan

Catatan Popular