PADERI VATICAN USUL ISRAEL TAMATKAN PEMILIKAN TAHAN PALESTIN

VATICAN - Sekumpulan paderi dari T:imur Tengah yang diundang ke Rome oleh Vatican menuntut Israel menerima usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pendudukan haram rejim itu di atas tanah milik Palestin ditamatkan.


:Paderi itu juga menegaskan Israel tidak boleh menggunakan konsep kitab Injil dengan mendakwa Baitulmaqdis adalah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada penganut Yahudi sebagai alasan untuk merampas kota suci itu daripada penduduk Palestin.

"Penggunaan kata-kata Tuhan untuk menghalalkan sesuatu yang tidak adil adalah tidak boleh diterima sama sekali," menurut kumpulan paderi itu.

Menerusi ucapan akhir selepas bermesyuarat selama dua minggu, kumpulan paderi itu turut berharap penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin menjadi kenyataan.

Baitulmaqdis menjadi punca pertelingkahan utama di mana Palestin menuntut kota itu dipulangkan untuk dijadikan sebagai ibu negara Palestin merdeka selepas rejim Zionis menjajah bandar itu dan mengisytiharkannya sebagai ibu negara Israel 'buat selama-lamanya', pada 1967.

Ulasan

Catatan Popular