AS PANAS PUNGGUNG DENGAN UCAPAN AHMADINEJAD

NEW YORK, 24 Sept — Perwakilan Amerika Syarikat dan beberapa lagi dari Eropah memulaukan sesi Perhimpunan Agung PBB apabila Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam mendakwa kebanyakan orang percaya bahawa pentadbiran Amerika yang mendalangi serangan 11 September 2011 demi survival Israel.

Dalam ucapannya, pemimpin Iran itu berkata, kebanyakan pegawai kerajaan Amerika percaya satu kumpulan pengganas berada di belakang serangan berani mati yang memusnahkan Pusat Dagangan Dunia dan ke atas bangunan Pentagon pada 2001.

Satu lagi teori, kata beliau ialah “beberapa segmen dalam Amerika Syarikat sendiri telah mengadakan serangan ini untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan genggaman di Asia Barat dalam usaha menyelamatkan rejim Yahudi.”

“Majoriti rakyat Amerika, malah kebanyakan orang dari negara-negara lain dan ahli politik akan bersetuju dengan pandangan ini,” kata beliau di Perhimpunan Agung dianggotai 192 negara.

Sebaik sahaja Presiden Iran ini mengeluarkan pandangan pedas yang lazim dilontarkan terhadap Barat, perwakilan Amerika dan beberapa negara Eropah bertindak keluar dari dewan sidang Perhimpunan Agung yang bermula semalam.


Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memegang Al-Quran & Injil sewaktu berucap di Persidangan PBB di New York semalam

Ulasan

Catatan Popular