TEMU MATA : AJK DPPWM BERSAMA DPPWP
Alhamdullillah seperti yang dirancangkan dan diaturkan “temu mata” antara Jawatankuasa Harian DPP Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Sdr Herman Samsudeen bersama 3 lagi AJK DPPWP telah mengadakan pertemuan dengan AJK DPP Wangsa Maju yang diketuai oleh Sdr Rohizad selaku Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju. Majlis yang boleh dikatakan agak ‘santai’ itu bermula sekitar jam 9.30 malam dan berakhir sekitar jam 12.30 pagi.... jika sebelum ini usrah tetap DPPWM diadakan pada setiap malam Selasa... namum semalam kesempatan itu telah diambil untuk bertemu dan berbincang dengan DPPWP.
Pelbagai perkara telah disentuh antaranya berhubung dengan isu lompat parti, isu dana pembelian markaz, aktiviti DPPWM, blogspot DPPWM, isu kebajikan dan pelbagai lagi.
DPPWP juga turut mencadangkan agar perlunya ada penambahbaikan terhadap DPPWM dalam mendepani cabaran serta menarik lebih sokongan masyarakat Wangsa Maju terhadap PR khususnya dalam PRU ke-13 nanti.
Sdr Rohizad (berbaju hijau) selaku KP DPPWM sedang menerangkan serba sedikit berkenaan dengan peranan juga aktiviti DPPWM kepada JK Harian DPPWP
Sdr Herman (berbaju putih) sedang khusyuk mendangar taklimat daripada KP DPPWM.. (tak tau la apa yang disembangkannya...)
Antara AJK DPPWM yang turut hadir pada malam tadi... masing-masing kelihatan menberi tumpuan penuh....
Semoga dengan pertemuan seperti ini akan dapat mendekatkan lagi hubungan DPPWP dengan AJK DPPWM itu sendiri khususnya dalam merialisasi hasrat DPPWP itu sendiri dalam mendepani masalah masyarakat khusunya di Wilayah Persekutuan itu sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan