MAKAN DI KEDAI PELAYAN TUTUP AURAT DEH

Kerajaan negeri dicadangkan supaya mengadakan kempen "makan di kedai yang pelayannya menutup aurat" untuk mengelakkan dosa di kalangan umat Islam ketika mengunjungi kedai-kedai makan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kempen itu perlu dilaksanakan kerana kebanyakan pengusaha kedai makan tidak menitikberatkan perkara tersebut walaupun ia haram di sisi agama.
"Kita telah lihat ada kempen yang dibuat seperti jaga kebersihan. Jadi saya cadangkan kerajaan buat satu kempen, makanlah di kedai-kedai yang pelayannya menutup aurat atau dengan ayat lain yang lebih elok tetapi memberi maksud yang sama.
"Kalau masuk kedai yang pelayannya tidak menutup aurat, kita tok lebai pun naik 'ra' (nafsu) juga," katanya ketika mengajukan soalan tambahan pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan ketika menjawab soalan itu berkata, kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi perlu mencari kaedah terbaik sekiranya berhasrat untuk melaksanakannya.

Terdahulu, menjawab soalan lisan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (Pas-Kemuning) mengenai pelanggaran syarat menutup aurat di kalangan penjual makanan dan minuman, Takiyuddin berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan meningkatkan pengawasan bagi tujuan itu.
Katanya, mengikut undang-undang kecil PBT di negeri ini, para peniaga Islam di semua PBT mesti menutup aurat manakala bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Ulasan

Catatan Popular