KES TEMBAK REMAJA : PERBICARAAN 12 OKTOBER


Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan 12 Oktober depan bagi memulakan perbicaraaan berhubung kes kematian pelajar tingkatan 3 Aminulrasyid yang didakwa ditembak mati oleh Koperal Jenain Subi pada 26 April lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar memberikan tempoh selama tujuh hari perbicaraan dijalankan bermula 12 oktober ini.

Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokthar mengatakan seramai 15 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes kematian tersebut pada tarikh perbicaraan dimulakan.

Peguambela kepada Koperal Jenain Subi, Salim Bashir berkata, pihak pendakwaan telah memberi 38 dokumen untuk dikemukakan tetapi ia akan dinilai semula dalam masa terdekat ini.

" Jika kita memerlukan dokumen tambahan, kita akan membuat permohonan. Setakat ini yang kita terima, kes ditangguhkan kepada 12 oktober nanti untuk dibicarakan.

" Sebagai peguambela, saya akan meneliti dokumen yang diberikan untuk memastikan Jenian mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ulasan

Catatan Popular