BEKAS AWEK AKU TURUN MAHKAMAH... APA CITE NI???
Semalam, bekas awek aku ,Maya Karin, yang dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, muncul di Mahkamah Tinggi Syariah untuk membuat pengesahan nikah selepas dua tahun berkahwin dengan Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah.
Aku difahamkan Maya dan Steven hadir ke mahkamah untuk mendaftar perkahwinan mereka.
Malah ada yang berkata proses pendaftaran perlu jika berhadapan dengan kemungkinan cerai kelak.
“Maya dan suaminya hadir ke mahkamah untuk mengesahkan perkahwinannya.
“Selain itu, mereka juga tiada berbincang apa-apa mengenai penceraian. Jadi status mereka masih suami isteri,” kata pegawai mahkamah itu.
Maya Karin awal tahun ini menafikan mereka akan bercerai.
Steven pula hadir pada pukul 3 petang dengan memakai kot berwarna hitam dan meninggalkan mahkamah kira-kira 45 minit kemudian.
Pasangan tersebut meninggalkan kawasan mahkamah berasingan.
Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.
Maya dan suaminya Steven bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai kehadiran mereka ke mahkamah.
Ulasan
Catat Ulasan