SAMY BIKIN KACAU LA PULAK...

“Samy Vellu akan melakukan apa sahaja, akan menggunakan apa sahaja cara untuk menggagalkan usaha kami. Kami tetap akan adakan program ini, tetapi di tempat lain,” kata Mugilan selaku penganjur Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), kempen yang sepatutnya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, berhadapan dengan halangan pertama ekoran keputusan pengurusan premis itu membatalkan lokasi penganjuran petang ini.


Dengan pembatalan lokasi itu, kempen tersebut yang pertama kali ini diadakan menentang kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu, akan dianjurkan di tempat lain.

Ketika bertemu media pagi tadi Mugilan memaklumkan wartawan bahawa ia akan diadaka di PWTC sebagaimana telah dirancang.

“Bagaimanapun kami akan meneruskan kempen ini. Kami akan mengadakan di tempat lain... maklumat lanjut, saya akan umumkan esok,” kata beliau.

Mugilan mendakwa beliau percaya pengurusan PWTC berhadapan dengan tekanan daripada Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

“Oleh itu, saya percaya Samy Vellu memberi tekanan, beliau sudah mula bimbang dengan kesan GAS... ini tanda-tanda awal beliau sudah bimbang dengan kesan gerakan ini,” kata Mugilan sambil menambah, beliau tidak kecewa sebaliknya akan meneruskan program itu sebagaimana telah dirancang.

Ulasan

Catatan Popular