KITA KASI BOGEL SORANG-SORANG

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat “pendedahan balas” sebab dan punca mereka mengkhianati parti itu hujung minggu ini ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.

“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.

“Kita akan mendedahkan habuan yang mereka dapat, pendedahan akan dibuat melalui beberapa saluran yang akan membuktikan apa yang menjadi punca mereka mengkritik kepimpinan parti habis-habisan dan mahu keluar parti,” katanya lagi.

Menurut pemimpin ini, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Lima Ahli Parlimen PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah wakil kawasan Bayan Baru, Nibong Tebal, Kulim-Bandar Baharu, Wangsa Maju dan Bagan Serai. Selain lima Ahli Parlimen terbabit PKR juga kehilangan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu masing-masing dua di Kedah dan Perak dan seorang di Selangor.

Ulasan

Catatan Popular