KAMI DOAKAN YANG TERBAIK LE...

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau, Pahang Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) di sini, berada dalam keadaan stabil.


Zaharuddin, yang dimasukkan semula ke CCU sejak semalam, kini stabil.

Zaharuddin, 63, sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung sebelum memindahkannya ke IJN pada 9 Mei lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51 (gambar), yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam selepas mengadu sakit dada, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung.

Pembedahan yang bermula pukul 2 petang itu selesai pada pukul 10 malam, kata pembantu peribadinya Kamaluddin Suib.

APAPUN KAMI DOAKAN YANG TERBAIKLAH BUAT MEREKA BERDUA....

Ulasan

  1. dalam isu sakit, penyakit & kematian ini, saya tiba2 teringatkan kenyataan ketua pembangkang DUN Kelantan Datok Alwi Che Mat yang mendesak supaya ADUN Galas dari PAS, Chek Hashim Sulaiman, supaya meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan.

    Dan beliau menyelar kepimpinan PAS kerana meletakkan calon yang berumur & mempunyai masaalah kesihatan.

    boleh rujuk kenyataan TGNA...

    http://www1.malaysiakini.com/news/111212

    sekarang kita nak tanya pendirian beliau terhadap ADUN Kerdau ini & juga terbaru Exco Johor & juga mengenai MP BN Kula Trengganu & juga MP Sibu dari BN yang telah pun meninggal dunia?

    kenapa tiada komen menyuruh YB yg tersebut supaya meletak jawatan & kenapa tidak mengkritik kepimpinan BN yang meletakkan calon yang bermasaalah?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular