Tiada Lesen Kereta, Remaja ditembak Polis???

JUSTICE FOR AMIRULRASHID AMZAH
Seorang remaja 15 tahun yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak akibat gara-gara didakwa cuba melanggar anggota polis. Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis, dalam kejadian awal pagi ini, Norazura Amzah, 39, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.


Kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa. Mangsa yang tidak memiliki lesen kereta terkejut apabila bertembung dengan kereta peronda polis terus memecut keretanya sebelum pihak polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta mangsa menyebabkan kereta mangsa terbabas. Terkejut dengan tindakan polis yang cuba memeriksanya, mangsa dikatakan mengundur kereta dan cuba merempuh polis. Atas tindakan itu, polis melepaskan tembakan ke arah mangsa mengakibatkan mangsa mati ditempat kejadian.

Tinjauan di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini.

DPPWM MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA AMIRULRASHID AMZAH

Ulasan

Catatan Popular