SPRM wajib siasat PMku Sayang!!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada PM ku sayang kerana telah melakukan dua kesalahan rasuah dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tegas Lim Kit Siang dalam blognya.


Kesalahan pertama ialah apabila PM ku sayang cuba merasuah 1,500 pengundi Rasa supaya mengundi calon P Kamalanathan dengan meluluskan RM3 juta untuk membina semula sekolah rendah Cina dengan satu syarat.

Najib secara terbuka mengumumkan “Jika kami menang pilihanraya kecil ini, kamu boleh datang pada hari berikutnya untuk bertemu saya.

Saya secara peribadi akan menulis surat untuk meluluskan wang dan ia akan dipindahkan ke akuan lembaga sekolah. Jika kita kalah, kamu tidak perlu datang," katanya.

Lim berkata, kesalahan kedua ialah semasa Najib melawat Kampung Hassan di mana beliau berjanji kepada majoriti pengundi Cina bahawa kerajaan BN akan membina 200 unit rumah kos rendah jika Kamalanathan menang.\

… tak tau la nak kategorikan ini sebagai apa… rasanya SPRM lebih mengetahuinya itu pun kalau SPRM tak bongok la….

Ulasan

  1. kita memang x menjangkakan PR akan kalah!

    namun kita perlu terima kekalahan tersebut walaupun jelas menampakkan pengadil berat sebelah!

    yang jelas, walaupun beribu aduan polis dibuat & beribu bukti dikemukakan... pasti tidak akan ada tindakan susulan!

    walaubagaimana pun PR harus lah berbuat sesuatu bagi membatalkan keputusan PRK HS ini...

    bawak kemahkamah, ke SPRM, SUHAKAM even ke mahkamah antara bangsa sekalipun jika perlu...

    sebabnya...

    1- dengan jelas PM najib menggunaakan tektik rasuah & ugutan dalam usaha beliau memancing undi

    2- meyalahgunakan kuasa untuk mengunakan DANA KERAJAAN @ DUIT RAKYAT untuk kepentingan peribadi & parti bn.

    3- SPR dengan jelas menyalahgunakan kuasanya untuk memindahkan pungundi kekawasan lain secara sesuka hati tanpa sebarang notis kepada pengundi. sedangkan bila didesak mengunakan pendaftaran automatik melalui JPN, SPR kata tak boleh kerana melanggar hak asasi manusia kerana undi tak boleh dipaksa!

    saya rasa kepimpinan PR lebih arif dlm soal ini & cadangan saya ini dapat dipertimbangkan!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular