Politik: Masjid

Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan adalah urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid ,Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial - TGNA ..gambar malaysiakini

JAIS ditempelak

Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

“Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid,” katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

“Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik… Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik… Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita,” katanya.Malaysiakini

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid.

“Siapa ajar tidak boleh cakap politik di masjid. Urusan politik ini disebut dalam al-Quran. Ini kerja saki baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.

“Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial.

“Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di Banglo Pejabat Daerah Hulu Selangor di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi.

Sultan Sharafuddin sebelum ini bahawa bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.Mstar

Ulasan

Catatan Popular