PETI UNDI ‘AJAIB’ MENANGKAN BN?

Sejak awal lagi kelihatan penyokong PKR telah mula memasuki Stadium mini KKB untuk mengikuti pengumuman daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR mula mengumumkan keputusan mengikut peti undi dengan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sedang mendahului di 42 peti undi dan masih berbaki 137 peti undi yang belum tiba.

Peti-peti undi yang selesai dikira di pusat-pusat pengundian dibawa masuk ke pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru di sini. Para pemimpin tertinggi BN kelihatan mulai meninggalkan KKB seolah-olah memberi gambar awal yang BN akan kecundang pada PRK kali ini.

Setakat pukul 7.00 petang Datuk Zaid mendapat majoriti sebanyak 1,662 berbanding calon BN P. Kamalanathan. Sorakkan demi sorakan serta laungan Takbir dari penyokong PKR mula bergema di stadium.

Namun selepas jam 7.30 malam, peti-peti undi yang baru tiba dipusat penjumlahan tersebut telah memihak kepada BN menyebabkan sehingga jam 8.00 malam majority PKR menurun sehingga kepada 372 undi. Kelihatan para penyokong PKR mula meninggalkan stadium secara beransur-unsar dan kelihatan para pemimpin BN sudah mula memasuki Kompleks Sukan.

Ulasan

Catatan Popular