Katak Puru Forever mula menyanyi


Presiden Perkasa aka Presiden Katak 1 Malaysia menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam termasuk peruntukan RM3 juta untuk sekolah Cina.
“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.
“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Si Katak mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.

“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kaseh pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina. Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” tambah Si Katak.

Ulasan

Catatan Popular