Apa ke jadah ambil 4 senator!!!

Sekali lagi BN-APCO membazirkan wang rakyat apabila menggaji 4 senator yang haprak akan mengangkat sumpah Isnin ini.
Mereka adalah Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor (gambar kotak) adalah antara empat senator baru. Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ulasan

Catatan Popular