ADUN SG BURONG MATI HIDUP SEMULA

Dalam suasana panas menanti keputusan rasmi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor semalam, khabar angin tentang adun Sungai Burong Shamsuddin Lias (Barisan Nasional)  heboh memperkatakan bahawa dia telah meninggal dunia.

Berita ini telah tersebar luas melalui SMS di Hulu Selangor hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak. Sehingga ada yang mengucapkan Alhamdulillah bukan kerana kematian adun BN tetapi kerana akan ada satu lagi PRK di Selangor. Namun sebenarnya beliau masih hidup dan boleh menjawab panggilan telefon para wartaman bagi mengesahkan kematian beliau.

Jadi kita doakanlah kesihatan ke atas beliau agar tidak meninggal dalam masa terdekat ini sebab para petugas nak berehat sekejap setelah penat bekerja menangkis segala fitnah dan mehnah yang dilakukan oleh BN pada PKR P94 Hulu Selangor.

Ulasan

Catatan Popular