Pengurus Felda Lembah Klau Buat Gila Lagi!

Cerita Encik Awang Sulung Pengurus Felda Lembah Klau belum berakhir.Dia yang bertanggungjawab merehatkan 3 orang peneroka termasuk yang berusia 72 tahun di lokap polis IPD Raub dan kemudiannya mengepong rumah Hj Borhan tempat Mazlan Aliman sedang berdailog,seterusnya membawa kepada penahanan Mazlan 2 hari di lokap sama,beberapa hari lepas buat gila lagi.

Kali ini mangsanya ialah Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang ingin bertemu ahli ahli PAS di Markaz Cawangan.Awang Sulong seperti sebelumnya mengarahkan pihak keselamatan Felda(FELSCO) membuat roadblok di jalan masuk ke Felda tersebut.Dia mengambil alih kerja polis untuk jaga pimpinan PAS.

Awang Sulung bagi alasan tak de permit sedangkan ceramah di Markaz tak perlu permit.Selepas Dato Tuan bertegas ,ceramah dapat dijalankan.Tapi ceramah tak boleh guna pembesar suara.Selepas jam 12 malam mesti keluar.

Pengurus Felda yang berlagak sebagai polis tunggu hingga jam 12.Selepas tu dia datang lagi minta Dato Tuan segera bersurai.Gelagat dia macam OCPD!Yang nyata nya Awang Sulung dah ambil alih tugas Umno untuk ganggu ceramah PAS yang di sisi undang-undangnya tak perlukan permit.Dato Tuan sempat nasihatkan dia ,jangan sibuk hal politik,lebih baik balik tidur!

Masa dia ganggu ceramah Mazlan,mungkin ada yang berkata si Awang Sulung bertindak 'macam orang gila',tapi bila dia teruskan perangai buruknya,bolah lah saya pinjam ayat ayat dari sajak Dinsman,'dia benar benar gila'.

Peguam Fadhli tolonglah percepatkan fail saman ke atas Awang Sulung sebelum dia betul betul gila.Bimbang nanti mahkamah lepaskan dia kerana di sahkan gila!

Ulasan

  1. MINTA TOLONG SIARKAN GAMBAR SI PENGURUS BANGAN TU. AKU DAH DEGAR LAMA DAH CERITA DIA NI DARI SEDARA AKU KAT SANA TU...TAPI TAK KENAL MANA SATU MUKA PENGURUS YG BERLAGAK TU.

    BalasPadam
  2. ha ha ha gumbira rasanya bila mmbaca tntng kekejamn UBN.maknanya mereka akn hancur so gumbira la.

    BalasPadam
  3. HA HA HA BAGUS MEMANG BAGUS HANYA DGN SIFAT KEKEJAMN YG ADA PD UBN,ITU La SYARAT KEJATUHN .amiiin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular