Futsal Orang Muda Geng Kita


Juara - Pasukan A7 United

31 Jan 2010 - DACS W.Persekutuan telah menganjurkan Kejohanan Futsal Orang Muda Geng Kita Piala Ketua PEMUDA PAS W.P Kali Ke 2 di Ampang Sport Planet, Ampang Selangor. Sebanyak 47 pasukan telah berdaftar untuk menyertai kejohanan ini.

Sdr.Raimi (kiri) selaku pegawai teknikal sedang memberikan taklimat

Suasana pendaftaran pasukan

Kejohanan dimulai dengan pendaftaran pasukan dan undian untuk menentukan kumpulan pasukan seterusnya taklimat daripada pihak penganjur dan pegawai permainan. Perlawanan dimulakan tepat jam 0930. Kejohanan berlangsung sehingga ke pukul 1300 sebelum berhenti rehat dan solat. Azan juga turut dilaungkan oleh Sdr.Mahadthir di dalam dewan kejohanan yang mana kemudiannya bersolat secara berjemaah. Kejohanan disambung kembali jam 1400 dengan dimulakan perlawanan pusingan kedua. Perlawanan akhir menemukan pasukan A7 United dan Young Titans yang mana A7 United telah berjaya memenangi perlawanan akhir dengan keputusan 1 - 0 yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM1200.00 berserta piala dan medal.



Naib Juara - Pasukan Young Titans

Tempat ke2 pula dimenangi oleh Pasukan Young Titans dengan hadiah RM800.00 berserta medal. Hadiah disampaikan oleh Sdr.Solihin Zakaria (EXCO PEMUDA PAS) selaku wakil KP.

KP W.Maju, Sdr.Rohizat meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang saguhati

Hadiah saguhati pula dimenangi oleh Pasukan Pavarthy F.C dan Samba de Futsal 'B'. Hadiah disampaikan oleh Sdr. Rohizat selaku Ketua PEMUDA PAS Kaw. W.Maju.

Pasukan Budak Felda memenangi Pasukan Muhibbah

Manakala hadiah Cabutan Bertuah iaitu wang tunai RM150.00 telah dimenangi oleh Pasukan Just Enjoy. Hadiah untuk Pasukan Muhibbah telah dimenangi oleh Pasukan Budak Felda sementara hadiah 'Fair Play' jatuh kepada Pasukan A7 United. Hadiah telah disampaikan oleh pengarah program iaitu Sdr. Fadhil Osman yang mana beliau juga merupakan Pengarah DACS W.P. merangkap Timb.Pengarah DACS Pusat. Alhamdulillah, program berakhir pada pukul 1700. Lagi gambar di sini

Ulasan

Catatan Popular