Pendirian Kalimah ‘Allah’ Ulama PAS– satu wajah dua sisi?

Atas permintaan, saya dapatkan kepakaran rakan saya Syed Putra untuk menterjemahkan makalah asal -PAS’ Ulama ‘Disunited Stance’ dan hanya mengeditnya bagi mempastikan terjemahan seperti saya maksudkan asalnya).
 
Saya telah diminta untuk menjelaskan dan memberi rasional kenapa tampak seperti ada dua sudut pandang dan pendirian yang berlawanan di kalangan tokoh-tokoh ulama utama PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan-Islam. Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan saya pula berasa amat tidak selesa dengan tugasan ini.
 
Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato’ Nik Abd Aziz (TGNA) dan Presidennya, DS Hj Abd Hadi Awang (DSHA) mewakili pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pengikut agama-agama lain itu ‘yajuz’ atau ‘harus’, khususnya agama-agama warisan Nabi Ibrahim (Kristian dan Yahudi), sementara Timbalan Mursyidul Am Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Dr Haron Din (DDHA) (dan juga beberapa buah NGO Islam dan sebilangan ahli akademik) mengambil pendirian berlawanan, iaitu tidak membenarkan penggunaan kalimah itu oleh orang lain.
 
Saya memang mahu menulis artikel ini lebih awal, tetapi telah mengambil sikap bersabar sedikit untuk membaca tulisan-tulisan yang lain terlebih dahulu, terutamanya yang ditulis oleh para ulama. Justeru ketika tidak mendapati analisis ini, saya menulis juga artikel ini selepas diminta berbuat demikian.
 
Supaya tidak terlalu panjang dan bagi manfaat orang awam, juga penganut agama-agama lain, saya akan cuba memudahkan wacana teologi yang agak rumit ini. Namun begitu, saya tidak pula dapat mengelak daripada menggunakan beberapa terminologi atau perkataan Arab. Barangkali ia adalah pendedahan yang juga ada kebaikannya untuk sesetengah pembaca. 
 

Ulasan

  1. salam taniah dan syabas buat sahabat2 ku selamat berjaya dalam semua lapangan allahu akbar x3 -ibnu ansari

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular