UMNO: PARTI KARUT YANG PENUH KEJAHILAN

“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim[215]; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah[216]. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”(Surah Ali-Imran, ayat 3)

Musim Haji

Tatkala umat islam sedang bersiap siaga untuk mengadap rumah Allah di Baitullah dan sesetengahnya sudah pun berada di tanah suci untuk menunaikan rukun islam kelima, UMNO Kelantan mengegarkan akhbar dengan mengarahkan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat disiasat kerana menunaikan haji atas hadiah dari orang persendirian. Parti yang bertuhankan secular ini jelas semakin terserlah kekufurannya apabila mempertikaikan niat suci pemberi hadiah untuk Tn Guru menunaikan haji sedangkan terus menutup mata malah tidak berani bersuara apabila Rosmah dihadiahkan wang berjumlah jutaan ringgit oleh kerabat diraja Arab. Sinonimnya kedua-dua kes ini ialah ia melibatkan perkataan arab tetapi dari segi kes yang hendak disiasat, kes Rosmah adalah lebih besar. Rosmah menjumpai kotak kepunyaan kerabat diraja arab di dalam sebuah kapal percutian mewah!!! Persoalan yang boleh diutarakan ialah bagaimana Rosmah boleh bercuti dalam kapal mewah? Adakah dia juga salah seorang yang mempunyai darah keturunan diraja arab atau beliau menggunakan habis gaji suaminya selama menjadi Perdana Menteri atau sekali lagi duit rakyat digunakan sewenang-wenangnya untuk kegunaan peribadi.Fikirlah sendiri.

Dikala Negara menghadapi krisis ekonomi yang masih belum pulih, dengan belanjawan 2010 yang masih deficit dan pertumbuhan Negara dijangka menguncup dan pelaburan asing yang dianggarkan menjunam tiba-tiba Rosmah dihadiahkan jutaan ringgit kerana “kejujurannya” ketika bercuti di kapal mewah. Sedarkah Pemuda UMNO Kelantan betapa rakyat marhaen begitu tersepit ketika pimpinan UMNO bercuti mewah. Pemuda UMNO sepatutnya mengingatkan Tn Guru agar jangan lupa berdoa agar rakyat sejahtera, Negara kembali makmur dan sumber ekonomi Negara bertambah ketika di tanah suci bukannya mempertikaikan Tuan Guru menunaikan ibadah haji!!! Inilah akibat apabila hati menjadi keras dan hitam lantaran sokongan padu kepada parti secular dengan fahaman perkauman sempit dan karut.
Ibadah Korban
Sikap pimpinan pemuda UMNO Kelantan ini bukanlah sesuatu yang baru bagi parti yang berprinsipkan “bertolong-tolonglah kamu kepada kemungkaran dan cegahlah kebaikan” ini. UMNO Selangor pada tahun lalu juga menggunakan kesucian musim haji untuk menyerang Menteri Besar Selangor kerana anak syarikat kerajaan mengagihkan lembu korban ke kawasan luar Selangor iaitu Wilayah Persekutuan. Lupakah mereka bahawa Kuala Lumpur satu ketika dahulu juga merupakan sebahagian dari Selangor… Tapi bagi parti yang sarat dengan mainan nafsu, soal ibadah dalam agama tidak penting, yang penting kuasa politik mereka terus digenggam erat.
UMNO Selangor tidak pula melenting apabila SELCAT mendedahkan Dr Khir membuat lawatan “teknikal” ke Disneyland. Sepatutnya mereka mendesak Dr Khir membersihkan nama dengan meletak jawatan tetapi kerana mereka memang suka kemungkaran, amalan beginilah yang dipuja oleh UMNO.

Tabiat UMNO Selangor dan Kelantan ini jelas menunjukkan yang mereka ini sangat bertuhankan dunia melebihi akhirat sehingga amalan-amalan mulia disisi islam juga dipolitikkan seolah-olah perbuatan itu berdosa besar sama seperti dosa membunuh orang(Mongolia).
Musnah!Musnah!Musnah UMNO!

Ulasan

Catatan Popular