Royalti Kelantan: Korban Pertama
Dipetik / baca artikel penuh dari sini
Pada 4hb Ogos 2009, ketika sekumpulan rakyat Kelantan sedang belayar ke Pelantar Cakrawala, Mazlan yang bertugas di Pelantar Cakrawala telah meninggalkan 2 komen di blog Kickdefella. Antara intipati komennya ialah doanya supaya ekpedisi ke Cakrawala itu berjaya dan selamat. Di dalam komen itu juga Mazlan memberitahu kepada pembaca bahawa rombongan kami telah tiba berdekatan pelantar tersebut.
Pada 9hb Ogos 2009, apabila saya mengumumkan untuk melakukan pelayaran ke seluruh pelantar di Perairan Kelantan, Mazlan meninggalkan pula komen berbentuk nasihat dan sedikit tips-tips keselamatan.
Pada pagi 12 Ogos 2009, sebaik tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan helikopter dari Pelantar Cakrawala, Mazlan telah terus diiringi oleh wakil pengurusan Carigali Hess dan diarah menerima dan membaca surat tunjuk sebab ke atasnya.
Mazlan dikehendaki memberi jawapan bertulis didalam masa 7 hari mengapa tindakan tidak perlu diambil ke atasnya. Kesalahan Mazlan menurut majikannya ialah kerana komen-komen yang ditinggalkannya di blog ini.
Di dalam keadaan tertekan, Mazlan menyerahkan surat perletakkan jawatannya pada 13 Ogos 2009. Pada hari yang sama perletakkan jawatan Mazlan diterima dan dia diarahkan menadatangani surat yang memaklumkan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas majikannya selepas itu.
Di dalam kegembiraan menerima pengesahan dan advance bonus dari Perdana Menteri, saya terkenangkan nasib yang menimpa Mazlan. Saya terkenangkan tekanan yang sedang dilalui oleh beliau, isterinya dan anak-anaknya.
Saya menghubungi Mazlan sejurus selepas mendengar pengumuman YAB Perdana Menteri. Mazlan masih menganggur.
Ulasan
Catat Ulasan