Pelik Tetapi Benar Disebalik Laporan Audit Dan Belanjawan Negara

“ Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 177)


Perdana Menteri mengumunkan kemestian mengekalkan Keluaran Dalam Negara kasar(KDNK) sebanyak 6% . Sasaran ini bukanlah sesuatu yang mustahil dicapai andai kepimpinan Negara dikuasai oleh mereka yang amanah, jujur dan ikhlas dalam membangunkan negara. Malangnya, Malaysia masih dikuasai oleh mereka yang melihat kedudukan politik sebagai lubuk emas untuk mereka mengaut keuntungan.

Belanjawan Defisit

Ini bukanlah pertama kali Menteri Kewangan membentangkan belanjawan defisit di parlimen tetapi kali ini memperlihatkan begitu teruknya Negara ini mamah oleh UBN. Pimpinan UBN yang memang kaya dengan slogan dan harta rampasan dari rakyat jelata sekali lagi dengan rasa tidak bersalah mengumumkan bahawa pelaburan asing Negara akan merosot teruk pada tahun hadapan. Bonus kepada penjawat awam dinafikan oleh PM dan digantikan dengan bayaran ihsan sebanyak RM 500 kepada penjawat awam. Pemegang kad kredit bakal dikenakan cukai sebanyak RM50 perkad(dianggarkan sebanyak RM 400 juta dapat diraih). Peruntukan-peruntukan khas kepada anak muda walaupun Negara tiada wang memperlihatkan Najib ingin mengambil sikap popular berbanding membela nasib rakyat marhaen. Peruntukan kepada PERMATA, pertubuhan yang diketuai oleh Rosmah menjadi bukti kukuh bahawa belanjawan ini adalah Belanjawan Rosmah bukannya Najib. Sikap takut bini Najib ini sangat parah kerana dimasa sama beliau terlalu berani dengan Allah.

Belanjawan ini bukan sahaja gagal memberi suntikan ekonomi kepada pertumbuhan Negara, malah tidak member satu indicator khusus bagaimana Negara ingin menyelesaikan masalah pengangguran yang sangat tinggi di Malaysia. Kajian oleh pakar ekonomi juga mendedahkan bahawa Malaysia adalah Negara ketiga terendah para professional dibayar gaji bagi kategori Asia Pasifik. Malaysia hanya berada di atas Thailand dan Myanmar sedangkan Profesional di Indonesia dan India dibayar lebih tinggi lagi. Kegagalan kerajaan menetapkan had gaji minimum menyebabkan para professional di Malaysia terus dirundung malang berbanding rakan-rakan mereka dinegara lain. Bayangkan gaji seorang doctor kerajaan yang perlu standby selama 36 jam hanya dibayar gaji RM2,600 sebulan oleh kerajaan sedangkan di Singapura itu hanyalah gaji pencuci tandas dan tukang sapu sahaja. Itulah murahnya nilai rakyat dimata pemimpin UBN yang sangat mementingkan kebuncitan perut mereka dahulu.

Laporan Audit

Pendedahan tentang ketirisan dalam agensi kerajaan oleh audit Negara bukan juga sesuatu yang baru. Laporan Audit 2007 mendedahkan tentang pembelian melampau oleh IKBN seperti papan pembancuh simen yang hanya bernilai RM150 tetapi dibekalkan dengan harga RM1,027.00, Kabin Kontena yang bernilai RM 20,000 tetapi di beli RM142,000 dan buku teknikal yang hanya berharga RM417 tetapi dibeli dengan harga RM10,700 serta banyak lagi ketirisan kerajaan.

UBN seperti biasa menganggap ia hanyalah rutin tahunan untuk menjawap kepada media dan selepas itu isu itu lenyap begitu sahaja. Begitu juga dengan Laporan Audit 2008, laporan ketirisan begitu banyak dilaporkan tetapi apakah hasilnya nanti? Najib hanya memperbodohkan rakyat dengan lakonan seolah-olah beliau bukanlah orang perlu dipertanggungjawabkan. Di Malaysia sekarang kita boleh dapat computer paling mahal didunia kerana ada pembekal yang membekalkan computer dengan harga RM80,000 sedangkan dipasaran harganya hanyalah RM3,000. Malah harga pokok di Malaysia juga agak mahal kerana sebatang pokok bernilai sehingga RM800 dan kegagalan PEMPENA dalam projek venture juga merugikan rakyat marhaen sepenuhnya.

Apa yang Najib lakukan hanyalah menubuhkan pasukan yang tiada kredibiliti kerana diketuai oleh KSN yang mengetuai agensi yang diaudit. Sikap badut pemimpin UBN ini sepatutnya didedahkan kepada rakyat agar rakyat sedar bahawa UBN adalah makhluk perosak yang bukan sahaja merosakkan diri mereka tetapi juga Negara.

BOHONG DAN BOHONG LAGI

Pada awal Julai 2009, UBN mengumunkan akan menaikkan harga minyak bermula September bagi RON 97 dari RM1.80 ke RM2.00 manakala RON 92 dihapuskan dan diganti dengan RON 95 dengan harga RM1.75. Ini merupakan pembohongan terbesar Najib selepas member jaminan sebelum itu bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan.

September 2009, UBN terus berbohong lagi apabila harga minyak yang sepatutnya naik RM2.00 tetapi naikRM2.05 bagi RON 97, manakala RM1.80 bagi RON 95. Alasan Pak Menteri adalah kerana harga minyak ketika itu ialah USD80 setong sedangkan harga ketika itu hanyalah USD68 setong. Malah janji Perdana Menteri bahawa kerajaan akan mengeluarkan kertas kerja tentang harga minyak ini masih tidak kelihatan walaupun sudah brjanji dari bulan September2009.

Amalan berbohong ini terus menjadi budaya UBN dalam kes kematian Teoh Beng Hock. Kes ini jelas memperlihatkan sikap UBN yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai. Kes rasuah pemimpin UBN yang bersepah-sepah tidak disiasat tetapi kes bendera bernilai RM2000 disiasat sehingga melibatkan kematian.

Sikap berbohong UMNo terus diperluaskan apabila menfitnah Tuan Guru haji Hadi dengan pelbagai tuduhan. Malah UMNO juga berbohong dengan mengatakan mereka parti untuk semua!!!! Parti yang memang terkenal dengan semangat perkauman sempit ini tiba-tiba ingin menjadi parti untuk semua….

Apa yang pasti, selagi UMNO memerintah Malaysia, Belanjawan akan sentiasa defisit dan semakin parah, laporan audit akan penuh dengan ketirisan dan penuh dengan pembohongan oleh pimpinan kerajaan. Yang pasti rakyat lah perlu membuat pilihan, Laporan audit membuktikan bahawa semua negeri di bawah Pakatan Rakyat bersih dari rasuah, malah Kelantan sudah 20 tahun kekal begitu dan Kedah Berjaya meningkatkan pendapatan 200% walau Negara mengalami penurunan pendapatan yang sangat serius.

Ulasan

Catatan Popular