Pas kesal royalti minyak disalah erti
KUALA LUMPUR - Kesal dengan tindakan Perdana Men:teri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memutuskan untuk memberikan wang ihsan kepada Kelantan dalam bentuk projek, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata: "Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah."
Katanya, pemberian wang ihsan dalam bentuk projek pembangunan itu bertentangan dengan Akta Petroleum 144 yang memberikan peruntukan lima peratus kepada negeri pengeluar minyak.
“Saya kesal dan berdukacita terhadap jawapan yang diberikan oleh PM kepada soalan saya dalam Dewan (Rakyat) tadi,” katanya kepada di lobi Parlimen, semalam.
Menurutnya, Kelantan akan terus memperjuangkan hak wan:g roy:alti atas dasar semangat federalisme.
Salahuddin berkata, keputusan Najib mengenai wang ihsan itu tidak menunjukkan semangat patriotisme dan 1Malaysia.
“1Malaysia hanya retorik beliau,” katanya.
Sementara itu, seorang lain Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam mesyuarat parti akan datang beliau akan mencadangkan Kerajaan Kelantan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu, seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Terengganu.
Menurutnya, Najib telah menafikan hak rakyat Kelantan, walaupun ia termaktub dalam perjanjian.
“Saya lihat Najib begitu kerdil dan takut mengambil tindakan bertentangan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik balik royalti untuk Kerajaan Terengganu apabila Pas mengambil alih negeri tersebut pada 1999.
“Dalam perjanjian, tidak sebut pun wang ihsan, tetapi royalti” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Ulasan
Catat Ulasan