Respon Seminar Pemerkasaan Pas

Oleh: Dr_Sabirin_Ehsan

"Seminar Pemerkasaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kelmarin berjalan lancar. Seminar berlangsung ekoran teguran YBhg Prof Aziz Bari dan juga atas syor YB Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang pada asalnya berhajatkan supaya suatu EGM diadakan bagi membebaskan PAS dari 'satu-dua anasir' yang membebankan PAS. Namun akhirnya JK Pusat merestui satu seminar dianjurkan dibawah kendalian oleh YB Naib Presiden PAS Sdra Salahuddin Ayub.

Saya hadir dan mendengar dari jarak dekat serta mengambil kesempatan mendampingi beberapa pimpinan pemuda dan JK Pusat untuk melihat gerak hati mereka.

Saya berkesempatan menelusuri pandangan peguam kanan Hanipa Maidin yang bagi saya amat terbuka, kompetan dan berpandangan jauh. Saya mendekati juga Naib Ketua, SU Pemuda dan beberapa ahli kanan pemuda; nampaknya masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat yang bercampur baur. Yang paling tidak enak ada yang memang benar-benar primitif (spt tanggapan YBHg Prof Madya Abu Hasan Hasbullah) memperlekehkan dan memperolok-olokkan mengenai kajian persepsi. Bagi saya mereka ini memang primitif dan sungguh belum layak menduduki kepimpinan PAS dalam era mencabar abad ke21 ini!

Kajian persepsi ini samat penting bagi sesebuah organisasi politik, pergerakan sosial, industri, penganalisis ekonomi dan sosio-budaya. Diantara pelopor kajian persepsi ini adalah Sarjana Ibn Khaldun. Beliau menggunakan satu kaedah dinamik untuk mengintepretasi pola atau corak sesuatu dimensi sosial berasaskan data-data atau maklumat terfokus. Ibn Khaldun turut mengutamatan data-data discontinuities dan repititions dan kemudian melihat kepelbagaian corak/pola 'kejadian' dalam pelbagai pemeringkatan atau kategori sebelum merumuskan sesuatu trend!

Ramai peserta seminar tersebut nampaknya tidak memahami bahawa kajian persepsi bukanlah menghasilkan satu 'data mutlak' atau absolute data tetapi memaparkan data dalam bentuk 'early warning data' atau 'data amaran awal'. Inilah yang disalah tanggap oleh YBhg Ust Abu Bakar Chik dan SU Dewan Pemuda PAS pusat. Sepatutnya huraian dan trend yang dibentangkan oleh Prof Madya Abu Hassan sebenar satu pendedehan berbentuk 'early warning data'. PAS harus membahaskan data ini dan menyusun satu strategi bagi menghadapi situasi.

Benarlah ungkapan Dr Abu Hasan tentang keprimitifan sebahagian pimpinan PAS dipelbagai peringkat. Sepatutnya pimpinan PAS ini, merenung maklumat tersebut dan berbahas bagaimanalah satu strategi mapan dan pendekatan-pendekatan yang harus dihadapi oleh PAS dipelbagai peringkat untuk memastikan PAS unggul dan menjadi wadah perjuangan utama Pakatan Rakyat (PR).

Saya amat terkejut dengat reaksi Bekas Ketua Pemuda dan bekas exco Kerajaan Terengganu Yang Berbahagia Ust Abu Bakar Cik. Beliau seharusnya seorang ahli politik yang matang dan mendepani situasi dengan lebih baik. Namun beliau nampaknya terlalu dipengaruhi oleh sentimen gerak hati yang dangkal dan emosi semberono. Saya faham terhadap tahap kecintaannya terhadap PAS, Presiden dan kepimpinan PAS. Namun seharusnya sebagai politikus matang bukan begitu caranya mendepati saat-saat genting PAS. Sedangkan saya pasti tarbiyah PAS dan gerakan Islam mendidik keterbukaan ahli dan sifat berlapang dada. Jadi, adakah beliau lupa unsur-unsur utama tarbiyah ini.

Ramai rakan pendokong PAS agak kecewa juga dengan segelintir kepimpinan yang tidak mahu ditegur dan tidak bersedia untuk menerima teguran. Asal sahaja orang menegur dan memberikan pandangan agak keras, maka saya lihat umpaya SU Dewan Pemuda PAS yang mencabar supaya penegur 'masuk politik', 'masuk kemedan'. Kita kena ingat 'masuk politik' bukanlah semata-mata melibatkan diri dalam kancah kepartian semata-mata. Sayugia diingat juga bukan semua orang harus berada didalam politik kepartian, mereka boleh menjadi pendokong kuat dalam pelbagai kapasiti! Berlapang dada lah dalam menerima teguran dan kritikan.

Akhirnya, saya berharap supaya PAS mengendalikan pula beberapa sesi Rundingan Meja Bulat (ROUND TABLE DISCUSSION) terutama dalam meneliti kembali hujah-hujah Prof Aziz Bari dan mencanai data-data Dr Abu Hassan. Hasil dari siri rundingan meja bulat ini perlulah pula sampai kepengetahuan ahli akar umbi serta dibahas dengan pengkaji (PM Dr. Abu Hasan) semasak-masaknya!

Saya berharap dan mencadangkan supaya satu blueprint strategi PAS untuk PRU 13 hendaklah disediakan sertamerta. Blueprint ini hendaklah dirunding dengan semua komponen PR dan bentang kepada semua peringkat kepimpinan PAS.

Harapan juga dari ramai ahli akademik, penyokong serta pendokong PAS dan rakyat amnya, supaya penjawat kerajaan PR dari kalangan PAS supaya bersikap lebih profesional, tidak bongkak dan dapat menggunakan forum yang bersesuaian dalam pelbagai polisi dan keputusan, supaya polemik dapat dibendung seminima mungkin. Saya inging menegur YB Dato' Hasan Ali yang saya lihat sedikit arrogant, tidak cermat mengeluarkan kenyataan, gelojoh dan tidak memahami sistem kesepakatan dalam kerajaan PR. Terus terang saya nyatakan, memang benar beliau memiliki PhD tetapi ingat juga bahawa orang lain bukan setakat memiliki PhD tetapi MENYELIA ratusan tesis PhD!

Saya dan ramai diluar amat yakin 'PAS FOR ALL' ......


Oleh: naftalena

Prof Abu Hassan adalah Ayam bandar, bagaimana boleh memahamkan semua 1000 jenis makhluk yang menumpang bahtera Nabi nuh.

Mukadimah di atas hanya rumusan yang saya ubah kepada perumpamaan. Kepada Dr Abu Hassan, saya memohon maaf jika tersinggung.


Terima kasih kepada Dr Sabirin Ehsan atas ulasan anda yang bertajuk Seminar Pemerkasaan Pas.

(seperti artikel diatas )

Cumanya saya ingin memberi komen sedikit sahaja tentang istilah primitif terhadap ahli-ahli seminar. Saya juga berada di situ. Saya memahami sangat bagaimana keadaan yang membuatkan sebahagian peserta yang berdialog itu memanaskan hati Abu Hassan sehingga terkeluar perkataan Primitif dari mulut beliau.

Betul beliau seorang professional,

Malah kajian beliau mudah diterima hampir semua hadirin. Namun saya percaya bahawa Dr Abu Hassan mungkin pertama kali berada dalam keadaan seperti di Taman Melewar.

ANDA BERDUA SANGAT BERTUAH KERANA ANDA TERPILIH DALAM PULUHAN RIBU AHLI AKADEMIK DI MALAYSIA.

Prof Abu Hassan adalah Ayam bandar, bagaimana boleh memahamkan 1000 jenis makhluk yang menumpang bahtera Nabi nuh.


Di situlah beliau sepatutnya faham bahawa seolah beliau berada dalam satu kumpulan yang seumpama berkumpul untuk menunaikan haji di mekah.

Saya bersyukur kerana ahli Pas tidak menyanggah dan marah dengan kajian beliau walaupun antara yang hadir itu individu seperti Pak Lang dari Baling. Namun Professor yang berfikiran jauh ini hanya menjadi panas bila Dr Abdul Aziz bari di tolak dengan emosi dan cabaran. Beliau adalah seorang akademik, mana boleh beliau menerima ucapan yang menyangggah pendapat tokoh akademik. Namun beliau cuma gagal faham bahawa Dewan Taman Melewar yang terletak di IBUKOTA itu di hadiri oleh peserta yang bukan sahaja dari bandar-bandar dan golongan yang rata-rata berpendidikan. Pakcik-makcik, adik dan abang yang hadir itu juga adalah wakil dari kawasan di luar bandar, tidak kurang juga berlatarbelakangkan kelulusan SPM atau LCE sahaja.


Namun saya tidak menyalahkan beliau, Kita sepatutnya hanya senyum dan bergelak kecil sahaja. Kerana ketika itulah berlakunya pertembungan antara cakap bahasa ayam dan cakap bahasa itik.

Istilah Primitif itu untuk memahamkan para hadirin dan juga dirinya tentang kompleksnya suasana di Dewan Dato Fazhil Noor itu.

Ulasan

Catatan Popular