Nizar lawan Zambry: Hanya artikel 72 sebagai bukti


 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak.



Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar bidang kuasa DUN itu sendiri.

DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi rakyat Perak seluruhnya akan membuat satu keputusan yang adil demi demokrasi di dalam Negara kita yang dicintai ini. Akan menjadi satu sejarah yang akan rakyat dan dunia akan melihat keputusan yang akan di buat oleh Hakim-Hakim tersebut kelak.

Jesteru, DPPN Pk meminta seluruh rakyat yang cintaikan demokrasi supaya bermunajat kepada Tuhan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Perak. Untuk yang beragama Islam, DPPN Pk meminta supaya menunaikan Solat Hajat dan Berpuasa Sunat untuk kita sama-sama memastikan keputusan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Ulasan

  1. IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL

    Salam untuk pemilik blog, pembaca blog dan kawan-kawan yang saya hormati.

    MOhon maaf.

    Seperti yang kita tahu Akhbar Utusan Malaysia banyak mengeluarkan

    artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta,

    menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas. "TV3 dan Utusan

    Malaysia merupakan pakar putar belit terhebat di alam media."

    Sedikit saya petik dari Blog DSAI

    "Utusan Malaysia, sebagai lidah rasmi pemerintah khususnya Umno sewajarnya

    bertanggungjawab untuk mengajak rakyat agar keluar daripada kepompong

    perkauman, sejajar dengan konsep “Satu Malaysia” yang digagaskan oleh

    Perdana Menteri yang baru. Tetapi adalah sangat mendukacitakan, dalam

    keadaan Malaysia hampir menjangkau 52 tahun kemerdekaan, Utusan Malaysia

    masih lagi memainkan polemik perkauman sempit sebagai modal politik

    murahan." - sumber:

    http://anwaribrahimblog.com/2009/04/16/utusan-malaysia-jangan-jadi-penyebar

    -perpecahan-rakyat/

    Hingga ke hari ini kita masih lagi belum melihat apa-apa perubahan yang

    dilakukan utusan malaysia.

    Maka saya ingin menjemput sahabat-sahabat yang saya hormati untuk

    bersama-sama MEMBANTU menyedarkan pihak-pihak yang terbabit.

    Sila buka pelayar web baru dan pegi ke MyUtusanMalaysia.blogspot.com

    Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, anda boleh memberikan pandangan/komen

    untuk setiap artikel-artikel yang dikeluarkan oleh utusan malaysia setiap

    hari.

    Mungkin dengan cara ini, pembaca-pembaca utusan malaysia yang lain akan

    mengetahui apa itu "Racun" dan apa itu "Penyebar Fikiran Rakyat".

    Terima Kasih,

    MyUtusanMalaysia.blogspot.com
    Utusan Malaysia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular