'Iftifal' PASTI Peringkat Wilayah Persekutuan

Salam. 27 Dzulkaedah 1430 bersamaan 15 Nov. '09 telah berlangsung Majlis 'Iftifal' PASTI Peringkat W.Persekutuan yang ke 21. Acara 'konvo' untuk pelajar-pelajar PASTI ini telah diadakan di Dewan Masyarakat Taman Melati,Gombak Kuala Lumpur.

Mula jam 08.00 pagi lagi, dewan telah mula dipenuhi oleh para pelajar dan kaum keluarga.

Program juga diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Ust. Azman Shafawi, Timb.Ketua PEMUDA PAS selain daripada Sdr.Kamaruzaman selaku Ketua PEMUDA PAS W.Persekutuan dan Ust.Adlin selaku Pengarah PASTI W.P.


Berbagai ragam dan keletah pelajar dapat disaksikan. Tahniah kepada PEMUDA PAS W.Maju yang telah bertindak sebagai tuan rumah. Tak lupa juga pujian harus diberikan kepada 'Amir Saff' iaitu SU PEMUDA Sdr.Marzuky yang telah memberikan sepenuh komitmen kepada program ini. Kepada semua ibu bapa, saya memohon maaf kerana lambat dalam meng'upload'kan gambar sekitar program kerana sedikit uzur kerana kurang rehat disebabkan baru balik dari Kelantan malam sebelum itu dan bertungkus lumus sepanjang minggu untuk program berkaitan itu. Saya hanya hamba yang lemah. Mohon maaf sekali lagi. Dengan keizinan Allah swt, semua gambar telah berada di galeri kami dan boleh di lihat disini. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah swt.

Ulasan

Catatan Popular