Zalim: Jabatan Kebajikan Masyarakat Menolak Permohonan Bantuan Anak Orang Kurang Upaya Kerana Tandatangan Wakil Rakyat Pembangkang
KUANTAN - Apa sudah jadi dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya. Sebelum ini Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh (foto) pernah mengadakan satu pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob di pejabatnya. Dalam pertemuan yang mencetuskan "kontroversi" itu, MB Pahang dilaporkan akan memberi kerjasama yang sebaik mungkin kepada wakil rakyat terbabit dalam hal-hal yang berkaitan dengan rakyat di kawasan parlimen Kuantan. Janji itu juga turut diluahkan oleh dua orang ADUN dalam kawasan parlimen Kuantan yang berstatus Exco iaitu YB Shafik Fauzan (ADUN Inderapura) dan YB Wan Adnan Wan Mamat (ADUN Tg.Lumpur) dalam pertemuan singkat yang turut diadakan pada hari yang sama.
Namun kini segalanya tinggal kenangan semata-mata. Janji manis yang pernah diucapkan ternyata "omongan kosong" yang hanya "indah khabar dari rupa". Ianya berkaitan tindakan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang secara "jujur dalam paksa" menolak semua permohonan anak-anak orang kurang upaya (OKU) yang mendapatkan bantuan dari beliau, hanya kerna beliau adalah wakil rakyat pembangkang. Laporan ini telah disiarkan dalam Sinar Harian Pahang :-

Menurut YB Fuziah, beliau amat kecewa apabila niat murninya untuk membantu permohonan tersebut ditolak bulat-bulat oleh pihak JKM. "Ini amatlah merugikan, borang yang sudah ditandatangani oleh saya dikatakan tidak laku kerana saya YB pembangkang. Malah pegawai di jabatan terbabit juga turut menegaskan akan menolak borang bantuan tersebut kerana tandatangan beliau dikatakan tidak sah. Malah pemohon telah diberikan borang baru dan diminta mengisikan semula borang berkenaan serta mendapatkan tandatangan dari wakil rakyat dari Barisan Nasional" katanya.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh YB Fuziah Salleh dalam sessi perbahasan parlimen pada hari Khamis lalu. "Saya telah mempersoal dan mahu mendapatkan penjelasan daripada Puan Shamsiah iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang. Namun, beliau secara jelas mengatakan arahan tersebut adalah daripada pihak kementerian sendiri. Pada hari yang sama pegawai khas saya, Saudara Sim Chong Siong telah pergi ke pejabat JKM Pahan dan membua kenyataan media berhubung hal ini" tambah beliau lagi. Kami difahamkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan iaitu Encik Hamizan turut mengakui kebenaran berkenaan tandatangan wakil rakyat pembangkang sememangnya tidak sah.
Ulasan
Catat Ulasan