Tahanan ISA bersyukur dapat sambut Aidilfitri bersama keluarga


KUALA LUMPUR: Setelah tujuh tahun menyambut Syawal tanpa bersama keluarga, Mat Sah Mohamad Satray yang dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini, bersyukur kerana dapat meraikan hari mulia itu kali ini di samping keluarga tercinta.

"Saya tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anak tunggal saya yang kini berusia 16 tahun. Masa saya tinggalkan dia, dia baru berusia 9 tahun. Rasanya banyak yang berubah. Tengoklah, saya pun dah berjambang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah bapanya di Ampang di sini.

Difahamkan, isteri dan anaknya kini berada di Sabah.

Menurut Mat Sah, beliau dimaklumkan tentang pembebasannya Sabtu lepas.

Mat Sah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) pada April 2002. BERNAMA

Ulasan

Catatan Popular