Sumbangan Ramadhan Dewan PEMUDA PAS Wangsa Maju

Sabtu 12 Sept '09 bersamaan 22 Ramadhan 1430 Lajnah Kebajikan Dewan PEMUDA PAS yang diketuai oleh Saudara Ghafur telah mengadakan Program Sumbangan Ramadhan di sekitar kawasan W.Maju. Ini adalah hasil daripada wang sumbangan yang telah dikutip dikalangan jemaah Dewan Pemuda Pas Wangsa Maju sebelum ini. Di tambah dengan sumbangan daripada individu berupa 15 beg beras 5 kilo.

Program bermula jam 0900 dengan jemaah dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Ketua Lajnah Tarbiah ,Ust. Maksum dan kumpulan kedua diketuai oleh Naib Ketua DPPWM, Sdr Mahadzir . Seramai 15 keluarga dikalangan , fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya yang kurang bernasib baik telah dipilih untuk menerima sumbangan ini.

Semua penerima adalah penduduk didalam kawasan Parlimen Wangsa Maju kecuali En. Mohd Dzon Akhirom B. Awalluddin yang menetap di PPR Sri Semarak yang merupakan kawasan Parlimen Setiawangsa. Ujian yang ditanggung oleh En Mohd Dzon Akhirom ini terlalu menyentuh hati kami. Dua dari lima orang anaknya menghidap Penyakit Talisimia iaitu kurang darah merah. Perbelanjaan beliau setiap bulan untuk perubatan sahaja hampir RM1500.00 sebulan. Sedangkan bantuan yang diterima dari pihak yang berwajib amat menyedihkan. Tambahan beliau hanya memandu teksi untuk menyara hidup.



En.Mohd Dzon Akhiron menerima bantuan sumbangan drp Ust.Maksum


Program dijalankan meliputi kawasan disekitar Parlimen Wangsa Maju iaitu di Kg. Setia Jaya, Kg.Wira Jaya, Danau Kota, Flat PPR Sri Tioman, Flat PPR Sri Kedah, Flat PPR Sri Langkawi, PPR Gombak Setia dan kawasan Taman Melati. Program berakhir pada pukul 1230

Pn.Madeah menerima sumbangan drp En. Mahadthir

Menyantuni Pn. Madeah yang serba kekurangan

Bertemu En. Sofian yang buta mata tapi hatinya celik

Ust.Maksum menghulurkan bantuan yang tak seberapa sekadar untuk meringankan

IR Hairul menyempurnakan pembahagian sumbangan kpd yang tidak bernasib baik

Sumbangan yang diberi berupa sekampit beras 5kg dan sedikit wang tunai. Walaupun serba kekurangan tapi kami jemaah Dewan PEMUDA PAS Wangsa Maju berpuas hati dapat menyampaikan sendiri hasil kutipan sumbangan dikalangan jemaah kami. Moga-moga Allah swt meredhai kami.....amin

Wallahualam


Ulasan

Catatan Popular