Bagan Pinang, undi pos, parti perasuah dan meluat

Bagi saya pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah medan untuk menghapuskan atau sekurang-kurangnya mengasak undi pos to the wall. Ada kira-kira 4,604 pengundi pos di sana.

Bagan Pinang juga, bagi saya, ada medan penerusan perjuangan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih) selepas perhimpunan besar-besaran 10 November 2007 lalu. Antara tuntutan Bersih ialah seperti yang dinyatakan dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong iaitu "pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara".

Semua orang dah jangka, Umno akan meletakkan calon favouritenya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau adalah calon terbaik parti yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya juga melihat Mohd Isa adalah calon terbaik Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika Malaysia di bawah pemerintahan BN terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Pemilihan Mohd Isa sebagai calon parti pijak kepala lembu juga adalah yang terbaik ketika Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengakui bahawa pengundi-pengundi India meluat kepada BN.

Teringat pula rungutan Samy Vellu terhadap akhbar parti pijak kepala lembu, Utusan Malaysia:
"I give you an example, the cow-head incident, we all condemned the demonstration thinking that it will bring about racial misunderstanding and brew trouble in the country

"But that news, they don't carry. They carry news in support of the cow-head demonstration, they are determined to do something that is (detrimental) to others rather than what is true".
Pemilihan Mohd Isa juga menimbulkan tanda tanya adakah Dr Mahathir akan berkempen di Bagan Pinang seperti yang beliau lakukan di Bukit Gantang?

Pemilihan Mohd Isa, ketika Omar Ong dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas, turut menimbulkan tanda tanya adakah nasib Dr Mahathir di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana pandangannya dibakulsampahkan, akan berulang di zaman pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

Who "denied US the premiership for five years"? (Perkataaan "us" atau kami dihuruf besarkan).

Apa-apa pun, Bagan Pinang adalah medan perjuangan untuk menghapuskan penyelewengan undi pos. Berita-berita angin yang sampai kepada saya mendakwa, PAS ada beberapa cerita menarik tentang undi pos. Kita tunggulah sahaja. Itu yang saya difahamkan.

Yang saya tak faham ialah mengapa PAS mempertaruhkan orang sepenting Pesuruhjayanya di Negeri Sembilan sebagai calon. Saya tak ada masalah dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar. Dia orang berilmu, baik dan rajin. Tetapi saya rasa beliau terlalu kanan untuk medan kecil di Bagan Pinang.

Bagaimanapun saya yakin, perkiraan ahli-ahli politik di dalam PAS tentulah tidak sesempit pandangan pemerhati politik seperti saya.

Apa-apa pun, mari kita berjuang menentang undi pos, parti perasuah dan BN yang orang meluat, bukan sahaja di Bagan Pinang tetapi di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kepada Allah Yang Maha Besar kita berserah.

Ulasan

Catatan Popular