Ramai Terkejut SMS Ismail Kamus Meninggal



Orang ramai hari ini keliru dengan SMS yang banyak disebarkan perihal kematian tokoh agama terkenal di negara kita iaitu Ustaz Dato' Ismail Kamus (foto). Dalam laporan SMS itu mengatakan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung. Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah Al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang soleh. Kami cuba menyiasat kesahihan laporan SMS itu dan ternanti-nanti pengumuman yang dibuat dalam media massa. Namun, setakat ini tiada berita rasmi berkaitan kematian Ustaz Ismail Kamus. Apa yang ada ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Datuk Prof Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam. Soalnya, benarkah Ustaz Ismail Kamus turut meninggal atau sekadar khabar angin semata-mata. Adalah diharapkan supaya ada pihak tertentu yang dapat mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini. Tambahan pula SMS tersebut kini tersebar meluas di seluruh negara. Masalah yang timbul ialah mereka yang menerima SMS itu, tanpa usul periksa terus menghantarkan pula kepada rakan-rakan yang lain. Ia amat mengejutkan dan menyebabkan peminat tokoh agama terkenal itu terkejut dengan laporan berita berkenaan.

[Kami memohon maaf atas penyiaran maklumat ini. Ia memandangkan ramai rakan-rakan yang mengadu serta bertanya apakah Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia. Mereka mahukan kepastian . Oleh itu kepada anda yang menerima SMS yang sama, harap tidak disebarkan sebelum maklumat sahih diterima. Ia akan menyebakan berlaku kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia yang menerima SMS tersebut sebenarnya]

Ulasan

Catatan Popular