Hijau Kunin Negeriku: secebis kisah

Oleh Munir

Weekend baru ni, saya rasa berbangga sangat-sangat. Entah mcm mana, perjalanan hidup mentakdirkan saya termasuk ke dalam senarai VIP (dari tempat kerja) dijemput bersama-sama dgn VIP-VIP drpd syarikat-syarikat MNC yg tersohor di Negeri Kedah ini, untuk hadir ke suatu majlis rasmi yang melibatkan YAB MB Kedah.

Sewaktu MB berucap di podium utama, saya rasa berbangga sangat sebab bila saya tengok sepanjang row VIP tu, wajah-wajah seakan "PAS" hanyalah saya seorang saja...ha ha ha. Ya lah, yg lain semua macam muka korea dan jepun saja (sebenarnya tak ada pun korea dan jepun kat situ, sajalah dlm bahasa mantiknya nak habag kata majoritinya berwajah bukan sawo matang seperti saya).

Saya berbangga sebab suatu ketika dulu, sewaktu PAS masih sedang merangkak di Kedah ini, di suatu majlis rakyat kedah bersama pimpinan PAS di padang ceramah kat depan muasasah darul ulum itu, masih saya ingat sewaktu pengerusi majlis menjemput Ustaz Azizan Razak ke pentas dan memperkenalkan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, dan kemudiannya sambil bergurau pengerusi majlis itu menambah:

"Ha, kalau tuan-tuan nak tau, inilah dia bakal MB kita kalau PAS memerintah nanti!"

Saya ingat lagi dalam samar-samar lampu pentas ceramah tu, sambil dok bersila atas surathabag, sambil dok tampaq nyamuk kat padang tu, saya ingat lagi, saya rasa mcm dok tergelak sorang-sorang; walaupun saya ni hardcore PAS, tapi rasa tak logik haih PAS nak menang di Kedah, dan lagi tak logik Ust Azizan nak ganti Syed Razak MB Kedah waktu tu. Rasanya macam baru malam tadi saja pengerusi majlis dok buat "lawak" kata Ust Azizan akan jadi MB Kedah.

Tapi, weekend lepas, di bulan Julai 2009, entah beberapa tahun selepas majlis ceramah itu, ya, qoda dan qodar mentakdirkan PAS memang sungguh memerintah Kedah dan Ust Azizan benar-benar jadi MB. Doa siapalah malam tu yg dimakbulkan, wallah hu aklam.

Dan saya pulak, drpd sorang peminat setia ceramah-ceramah PAS di Negeri Kedah, weekend baru ini qoda dan qodar mentakdirkan saya dipilih illahi untuk saya duduk dlm barisan VIP, duduk kat kerusi yg betul-betul mengadap rostrum tempat MB berucap. Saya bangga sangat-sangat tambah-tambah saya dok perasan mcm sesekali MB dok perati kat saya...ha ha ha...mungkin ada cop PAS kat dahi saya kot, melawak saja.

Cerita nak habagnya:

Habis perasmian tu, selepas melakukan lawatan ringkas ke booth-booth yg mengambil bahagian, semua VIP dan juga VVIP serta MB dijemput makan dan seterusnya ada press conference. Waktu tu, saya ada hal peribadi, tak dapat nak join terus keluar tinggalkan kawasan majlis tersebut.

Besok tu, bila saya mai balik ke tempat tu untuk hari yg kedua, salah seorang VIP, rakan saya berbangsa Cina dia mai jumpa saya, dia tanya mana saya pi tak nampak muka waktu press conference dan majlis makan semalam, saya kata ada hal sikit, awatnya?

Dia kata:
"This is the thing that I don't like about PAKATAN. Why they have to attack each other. It gives bad reputation to the people!!"

La, rupa-rupanya sahabat saya ini antara penyokong kerajaan Pakatan kat Kedah ini; dia pun tumpang bangga bila MB mai rasmi.

Kemudian dia tunjuk kat saya keratan surathabag Cina hari tu, dia explain kat saya satu persatu apa berita yg dimuatkan dlm paper tu. Dia kata bukan saja dlm paper tu, dlm paper cina yg lain pun sama jugak. Dua tiga kerat saja berita pasal majlis berkenaan, yg lain dimuatkan isu yg tidak berkaitan, iaitu isu penebangan balak dan isu penternakan Babi yg tak habis-habis cuba disensasikan.

Yg dia tak puas hatinya dia kata (dlm BI, saya terjemah ke dalam bahasa Kedah):

"Hang tau dak, habis saja RTM dok gerudi MB pasal isu penebangan balak, bila MB dah selesai jawab bab balak, satu surathabag Cina tu pi tanya MB pasal isu penternakan Babi, apa status dsgnya"

"MB jawab pihak berkenaan masih lagi sedang mencari tempat yg sesuai; untuk mendapatkan tempat yg bersesuaian itu memerlukan pengesahan dan persetujuan drpd 3 Jabatan iaitu Enviroment (JAS?), Animal Dept (JPH?) dan Land Otoriti (Pihak Berkuasa Tanah?). Pada mulanya sudah ada tempat yg dikenalpasti, dan sudah diapprove ataupun diluluskan oleh ketiga-tiga jabatan itu tetapi mendapat tentangan drpd penduduk sekitar, maka tak dapat diteruskan. Sekarang ini tengah mencari tempat baru, setakat ini sudah ada beberapa tempat yg dikenalpasti, dan sedang menanti approval drpd ketiga-tiga Jabatan ini..."

Kemudian, dengan penuh semangat member saya ni habag mai:

"You tak dak, tiba-tiba salah seorang VVIP kat situ, yg sepatutnya mewakili pihak kerajaan Pakatan, depan-depan MB dia boleh kalih kat reporter surathabag Cina tu pi cakap dalam bahasa Mandarin, dia kata "Ask him, ask him, is it approved already or not?" ".

MB yg tak paham apa yg VVIP tu cakap dlm bahasa Mandarin kat reporter tu; bila ditanya sudah mendapat kelulusan atau pun tidak, MB jawab macam biasa:

"Masih menunggu kelulusan drpd ketiga-tiga Jabatan berkenaan"

Tamat Press Conference.

Memang tak ada apa-apa isu, tapi sahabat saya yg berbangsa Cina ini rasa tak puas hati sungguh, dia rasa ralat sungguh sebab VVIP yg satu Pakatan dengan MB dalam Negeri Kedah ini boleh pi bagi bola tanggung kat Reporter tu nak smash MB balik, boleh pi cakap macam tu kat depan-depan MB, macam la org lain tak paham bahasa mandarin. Sahabat saya ini cakap, apa yg rakyat fikir bila tengok depa tak sehaluan macam tu, boleh pi tolong balun kawan lagi.

Ini dah kita bab tikam kawan dah ni.

Entahlah, mungkin ini perkara biasa kot dalam kemelut politik di Kedah dan juga kat mana-mana tempat di Dunia ini. Selagi mana dinamakan politik, yang kawan pun boleh jadi lawan. Saya rasa benda-benda ini MB Kedah, EXCO dan YB-YB PAS dan masak benar dah kot; depa sure lebih paham drpd saya.

Apa cerita pun, saya masih tetap mcm dulu, tetap berbangga PAS jadi MB Kedah, tapi rasa ralat sikit sebab dlm banyak hal-hal kerajaan PAS mcm tersekat-sekat nak laksana sesuatu, mungkin sebab terpaksa berhati-hati dan berwaspada dengan penembak-penembak curi dan penikam belakang seperti yg diceritakan tadi. Moga kerajaan PAS Kedah, dan moga Negeri Kedah sendiri, Hijau Kunin Negeriku akan sentiasa berada di bawah LindunganNya, mudah-mudahan.

moniermatdin@yahoo.com
28.7.09

Ulasan

Catatan Popular