BABI LEBIH MULIA DARI BUMIPUTERA?

Oleh: HAMZAH ABDULLAH 
( Tim. Pesuruhjaya PAS Sabah)

PERTARUNGAN yang begitu lama di antara penjual daging babi di Pasar Labuan dengan pihak berkuasa Labuan Corporation (LC), akhirnya menyaksikan para peniaga babi menjulang trofi kemenangan mengalahkan LC kerana mereka mendapat tapak baru bersebelahan jeti Jabatan Perikanan Negeri sementara menunggu siapnya kawasan kekal di pasar baru berharga RM27 juta. 

Para penjual daging babi menentang arahan supaya berpindah ke pasar baru yang telahpun siap yang berharga RM1.2 terletak di Kampug Sungai Keling demi keselesaan semua pihak khususnya menjaga sensitivit umat Islam yang sering berulang alik ke pasar tersebut. Tak pasal-pasal wang sejumlah RM1.2 juta hangus dengan sia-sia...


Satu ketika kita juga pernah dihidangkan dengan berita yang dipaparkan oleh TV 3 suku bagaimana polis FRU juga terpaksa mengaku kalah dalam usaha pihak berkuasa di Melaka bagi memindahkan babi-babi yang mempunyai koloni begitu besar ke tempat lain. 

Maka kedengaranlah gegak gempita suara Menteri Besar Negeri Sembilan yang tidak membenarkan lori yang membawa babi-babi berkenaan melalui kawasan di negeri yang diperintahnya. Yang anehnya, FRU tak beranipun bertindak ke atas pemilik ladang babi yang mengengkari perintah untuk memindahkan babi-babi mereka sebagaimana tindakan ganas yang mereka pamerkan sewaktu menyuraikan para penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman. 

Pelik..memang pelik...saya merasakan bahawa adalah elok jika dalam mana-mana demonstrasi yang bakal diadakan di masa akan datang, pastikan setiap seorang demonstrator membawa seekor babi...barulah aman..
 

Di Sandakan, satu kawasan yang agak luas telah dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk memindahkan ladang-ladang babi yang berselerak di merata tempat. Tak jauh dari SMK Agama Taman Mawar, Sandakan, terdapat sebuah ladang babi haram yang mengeluarkan bau busuk yang dihidu setiap hari oleh warga SMK Agama. 

Tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk meredakan keadaan ini. Pemilik ladang babi pula seolah-olah berkata..."pergi mampuslah kamu warga SMK Agama...apa aku peduli...kalau ada pihak berkuasa datang...aku akan bawa babi berdepan dengan mereka...atau aku tampar saja mereka dengan kertas cop Bank Negara...selesai masalah." 

Inilah realiti kehidupan di Malaysia...kita diajar supaya bertolak ansur..jaga sensitiviti kaum lain...jangan timbulkan perpecahan, etc., etc.,..

Tetapi, apakah kita sedar bahawa sebenarnya maruah kita sebagai umat Islam saban hari dicabar, dipijak-pijak oleh kaum yang memandang rendah terhadap kita lantaran kita mundur dalam hampir semua bidang. Kalau bidang ekonomi jangan cakaplah saudara-saudara...hak kita dirampas disiang hari di hadapan mata kita!! 

Pemalsuan Sijil Anak Negeri oleh penyangak-penyangak yang mempunyai link dengan sang penguasa terus bermaharajalela dan dengan lahapnya menguasai sebahagian besar tanah-tanah berstatus NT. Tidak cukup dengan perbuatan yang tidak bermoral dan beretika itu, para pemilik syarikat-syarikat yang memalsukan identiti kononnya mereka sebagai Bumiputera/ Anak Negeri, telah turut serta membida projek-projek besar yang diperuntukan kepada syarikat-syarikat Bumiputera tulen!! 

Terdapat juga sebuah syarikat kelas A yang sedang membina projek perumahan di Batu 7, Sandakan, tersenarai sebagai syarikat Bumiputera, kerana tauke/pemilik syarikat tersebut telah meletakkan beberapa nama orang-orang Melayu lulusan Jurutera Awam, Ahli Ekonomi, etc., sebagai Lembaga Pengarah yang konon memiliki bebarapa peratus ekuiti dalam syarikat tersebut. Syarikat-syarikat milik tauke-tauke Cina ini biasanya menggunakan nama Bumi dalam syarikat mereka, e.g Bumisetia Development, Bumi Mekar, Bumijuta, semata-mata untuk mengaburi mata pihak-pihak tertentu...
 
Apabila meletus isu ladang babi yang mencemar alam sekitar, maka pihak berkuasa seperti Jabatan Tanah, akan membuat kenyataan bahawa pemilik ladang babi telah melanggar syarat penggunaan tanah, seperti yang berlaku disebuah kawasan di Papar. 

Para penduduk yang membuat protes di atas kehadiran ladang babi tersebut termasuk dari kalangan masyarakat Tionghua juga. Tetapi kita lihat seperti tiada kesudahan dan penghujungnya aduan dan protes yang mereka paparkan melalui media massa. 

Begitu juga dengan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Kedah, yang telah beroperasi sejak UMNO/BN memerintah, tidak pernah disentuh oleh pihak penguasa di zaman pemerintahan UMNO/BN. Tetapi, apabila kerajaan PAS bertindak meroboh pusat penyembelihan tersebut, maka seluruh juak-juak UMNO terpekik telolong seperti terkena histeria bahawa kononnya PAS telah bertindak atas dasar perkauman!!
 
UMNO/BN sebenarnya hanya berani bertindak ke atas perobohan surau sebagaimana berlaku di Ampang, merobohkan Kampung Berembang di Shah Alam (walaupun ramai penduduk di situ sebahagiannya adalah bekas veteran perang yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan dan mereka ahli UMNO). 

Tidak lama lagi kita akan mendengar bahawa masyarakat pribumi di Kota Belud akan kehilangan padang ragut milik mereka yang didakwa bahawa tanah tersebut telahpun bertukar milik atas nama beberapa individu tertentu. 

Begitu juga di Daerah Papar, kita lihat dalam media massa bagaimana mereka menentang pengusiran dari kampung yang telah mereka diami sejak zaman berzaman dan mereka ditakrifkan sebagai setinggan. 

Bagi UMNO, mudah untuk bersikap keras ke atas orang Melayu kerana mereka tidak takut akan dilabel sebagai anti-Melayu. Tetapi bila berhadapan dengan kepentingan kaum lain, walaupun orang Melayu terpaksa menghidu najis babi saban hari, mereka kecut untuk bertindak...takut hilang sokongan dan dilabel sebagai anti-sesuatu kaum tertentu.
 
UMNO boleh berkokok siang malam bahawa mereka berjuang untuk mempertahankan hak istimewa orang Melayu...tetapi realitinya mereka telah mengkhianati amanah yang diletakkan di atas bahu mereka. UMNO bercakap soal hak istimewa orang Melayu...tapi bila saya tanya orang UMNO apa itu hak istimewa orang Melayu...mereka tidak dapat menjawab secara jujur dan ikhlas!! 

Hak istimewa apa yang UMNO perjuangkan kalau sekadar untuk mempertahankan hak pribumi bagi terus mendiami kampung halaman dengan suasana berjiran, ipar duai mempunyai rumah di situ, kenduri kendara mudah dilangsungkan, ada kematian mudah diuruskan, setiap waktu solat khususnya waktu maghrib, mempunyai ramai jemaah dari penduduk sekitarnya etc., etc. juga dileburkan?


Cukuplah dengan slogan, PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW, yang tidak lebih dari hanya sebuah retorik politik bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat yang semakin pudar dan lenyap! 

Mana dia slogan LEADERSHIP BY EXAMPLE? Mana dia contoh terbaik yang boleh dijadikan teladan oleh rakyat kalau dikalangan pemimpin UMNO pun 'bergasak' sama sendiri sehingga sanggup berbelanja berjuta ringgit semata-mata untuk menduduki takhta Ketua Bahagian dan Naib-Naib Presiden? 


Kepada bangsaku rumpun peribumi...kajilah dengan rasional apakah mulianya anda menjadi pribumi kalau anda terpaksa dihalau dari kampung halaman anda?? Apakah tidak mulia binatang babi apabila isu babi ditangani secara yang memihak dan memenangkan pemilik ladang babi dan para penjual daging babi dari kehinaan yang anda tanggung sebagai peribumi tetapi hatta untuk duduk mendiami secara aman disebuah kampungpun hak anda tersus dipertikai dan dinafikan?

Ulasan

Catatan Popular