KERAJAAN PERPADUAN DAN KERA TAJAAN BN

Muktamar kali ke 55 ini benar-benar menguji kredebiliti dan asas perjuangan PAS. Bermula dengan kemenangan besar pembangkang di Parlimen sehingga berjaya menafikan majoriti 2/3 BN sehinggalah idea penubuhan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS. Media pro BN yang selama ini cukup susah untuk menyiarkan kenyataan dari PAS tiba-tiba menjadi media yang rapat dengan PAS mengalahkan harakah suara rasmi Parti.

Setiap hari ditemuramah TGHH dan TGNA dan kenyataan di siarkan di muka depan!!! Bukankah akhbar-akhbar ini cukup susah hendak mengeluarkan kenyataan pemimpin pembangkang sebelum ini? Kenapakah tiba-tiba mereka berubah wajah melainkan mereka mempunyai niat buruk terhadap PAS. Sedarlah wahai rakan-rakan seperjuangan bahawa tulisan di akhbar yang cuba menggambarkan dua tokoh PAS berperang adalah sesuatu yang sememangnya rekaan kera-kera UBN yang sudah kehilangan modal untuk menyerang PR.

Lain yang disoal lain yang di tulis

Sikap akhbar tajaan UBN sememangnya boleh diagak kerana mereka sememangnya ingin menimbulkan keresahan dikalangan penyokong PAS. Tindakan mereka ini bertujuan menakutkan masyarakat bukan islam, dengan mengambarkan PAS ini tidak boleh di pegang janjinya dan boleh berubah setelah menang. Sikap jahat UBN ini sememangnya tidak boleh dinafikan hatta oleh pemimpin mereka juga.

Maksud TGHH mengenai kerajaan perpaduan ialah bukannya PAS masuk BN atau PAS bekerjasama dengan UMNO!!! Bukan itu, kerajaan perpaduan ialah kerajaan yang melibatkan semua parti politik yang mempunyai kerusi di Parlimen, BN mesti dibubarkan dahulu, PR juga. Dibentuk kerajaan hasil gabungan semua parti politik. Semuanya ada memegang jawatan dalam kabinet bergantung kepada kerusi yang mereka pegang. Semua AP boleh menyuarakan pandangan dan mengundi dengan bebas tanpa terikat dengan peraturan rimba BN(tidak boleh menyokong apa-apa usul pembangkang). Itulah hasrat TGHH.

Tetapi kenapa TGNA marah sangat jika inilah cadangannya? TGNA marah kerana soalan yang ditanya oleh wartawan berbeza dengan maksud kerajaan perpaduan. Pastunya TGNA marah apabila wartawan bertanya tentang cadangan kerajaan campuran PAS dan BN. Sebagai bekas AP pengkalan Chepa yang ditinggalkan keseorangan suatu masa dahulu, apabila 6 AP lagi meninggalkan Parti selepas kerajaan Campuran PAS-BN gagal pastinya TGNA wajar marah....

Perumpaan yang mudah ialah, apabila seorang bapa meminta untuk menumpang majlis kahwin anak orang lain dengan anaknya tanpa dia mengeluarkan sedikit modal!! Pasti tuan punya majlis akan marah dan naik angin... tapi jika si bapa mencadangkan agar majlis di buat bersama dengan kos ditanggung bersama dan bahagian dibahagi bersama, pastinya tuan empunya majlis bersetuju kerana majlis anaknya akan nampak meriah dan lebih besar.

Itulah hakikatnya, apabila soalan wartawan menggambarkan seolah-olah ingin bergabung dengan UBN pastinya menimbulkan kemarahan TGNA. Cuba ditanya dan diperjelaskan seperti cadangan TGHH pastinya TGNA akan berlapang dada dan bersetuju kerana inilah cadangan seorang negarawan yang melihat kepentingan rakyat paling utama berbanding kepentingan individu.

Kesimpulan

Kepada rakan-rakan yang termakan umpan bodoh kera tajaan UBN, baiklah memikirkan semula apa yang ditulis. UBN ini adalah sama seperti Abi Jahal yang memang ingin melihat islam diinjak-injak. Kepada pimpinan PR yang tidak mengerti cadangan ini, eloklah mengkaji dahulu matlamat TGHH sebelum mengeluarkan kenyataan di akhbar tajaan UBN yang memang terkenal dengan sifat busuk hati dan lidah bercabang mereka.

Ulasan

Catatan Popular