Hentikan Penderaan


PEMBANTU RUMAH ISLAM
HANYA UNTUK
KELUARGA MUSLIM

1. Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa simpati terhadap nasib buruk yang dialami oleh Pembantu Rumah Indonesia , Siti Hajar berusia 33 tahun .

2. Kisahnya bukan sekadar penderaan fizikal dan mental tetapi, beliau juga telah dinafikan hak untuk mendapat layanan sebagai seorang Islam dengan dipaksa memakan nasi kosong berlaukkan daging babi.

3. Kisah seperti ini sudah lama diperkatakan. Terdapat segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab telah melayani Pembantu Rumah mereka seperti hamba abdi.

4. Mereka tidak dibenarkan solat, puasa, dipaksa memakan babi dan diberikan bebanan kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diberi. Dalam kes Siti ini, majikkannya turut mengakui bahawa beliau tidak pernah membayar gajinya sejak tiga tahun lalu.

5. DPPP memandang serius kisah-kisah layanan buruk ini, begitu juga reaksi serius Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno yang mencadangkan untuk menghentikan penghantaran Pembantu Rumah dari Indonesia buat sementara.

6. DPPP melihat bahawa kini sudah sampai masanya pihak Kerajaan Malaysia mengambil pandangan NGOs dan umat Islam dinegara ini yang sebelum ini sudah pernah mencadangkan agar Pembantu Rumah Islam dari Indonesia atau negara lain hanya dibenarkan bekerja bagi keluarga muslim. Manakala bagi keluarga bukan Islam mereka dibenarkan bagi mengambil Pembantu Rumah bukan Islam dari negara Indonesia, Thailand dan Filifina.

7. Pandangan itu haruslah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi memastikan isu-isu penafian hak seperti dilarang bersolat, puasa, mendapatkan makanan halal selesai, tempat tinggal yang suci dari najis dan juga gaji yang berpatutan dapat diselesaikan.

8. Masalah ini jika tidak diselesaikan akan menimbulkan konflik agama dan juga antara negara khususnya Indonesia yang jelas merasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepada rakyatnya.

9. Kerajaan Malaysia harus malu jika umat Islam dari Indonesia terus diperlakukan sedemikian buruk tanpa apa-apa tindakan yang serius diambil sekarang.

10. DPPP mendesak agar Kerajaan memberikan hukuman yang berat terhadap majikan yang cuai atau sengaja mendatangkan kecederaan fizikal, mental dan akidah kepada pembantu rumah mereka.

Hj Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ]

Ulasan

  1. Cobalah lindungi umat islam yang ada di malaysia jangan melihat beliau dari negara mana ataupun dari sisi pekerjaan!

    pembantu rumahtangga di malaysia itu sama - sama manusia dan satu saudara karena beliau itu beragama islam, lihatlah dari foto diatas nampak sekali dengan jelas seperti di perlakukan kasar dan kotor sekali!!

    Hukum siapapun yang melakukan kekerasan secari fisik / mental terhadap masyarakat / para pekerja asing di malaysia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular