Pemimpin zalim Yang mengaku Adil










Salam Ukhwah saya ucapkan kepada pengunjung setia blog DPPWM ini. Tulisan ini merupakan yang pertama saya siapkan selepas hampir setahun lebih meninggalkan alam blog kerana berpindah ke Wangsa Maju. Amanah besar yang telah diberikan sebagai Ketua Penerangan membuatkan saya kembali ke alam siber. Saya mohon ampun andai tulisan pertama ini tidak memenuhi selera dan tuntutan pembaca.

DS Najib Tun Razak jelas memperlihatkan sikap yang akan mengejutkan kita semua semenjak menjawat jawatan Perdana Menteri. Pembebasan beramai-ramai tahanan ISA, berjalan kaki sekitar PUDU dan terpenting sekali mewujudkan satu lagi slogan baru “1Malaysia.

Pembebasan tahanan ISA dan slogan baru beliau jelas boleh memberi imej yang sangat baik andai beliau bukanlah pemimpin yang memang diketahui sejarah hitamnya. Namun begitu, adakah tindakan ini semua boleh diklasifikasikan sebagai sebagai tindakan seorang pemimpin yang adil? Jawapannya pastilah tidak. Mengapa tidak? Mari kita lihat bersama-sama.


Masalah hak asasi manusia yang sememangnya telah lama dicabul dan ditelanjangkan di Malaysia sehingga hari ini masih belum dibersihkan oleh DS Najib. Mengguatkan hujah bahawa tindakan beliau sememangnya berniat politik semata-mata.


ISA dan Kebebasan

DS Najib diawal perlantikannya membuat kejutan apabila membebaskan 13 oran tahanan ISA dan baur-baru ini membebaskan lagi beberapa orang tahanan sebagai satu usaha menaikkan imejnya sebagai seorang pemimpin yang adil. Pembebasan tahanan ini bukanlah bermakna selepas ini akan tiada lagi penangkapan kerana AKTA ini masih subur dan mekar di bumi Malaysia tanpa disentuh atau diusik oleh kerajaan.

Sedikit info yang ingin saya kongsikan tentang ISA, mengapa akta ini sangat zalim.






Pada keseluruhannya, Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan telah pun dinafikan oleh kerajaan apabila kerajaan meluluskan Artikel 10(4) pada tahun 1971.
Maka apa yang boleh dikatakan ialah sebenarnya di Malaysia ini sudah tidak ada lagi hak kebebasan sudah tiada. Malaysia juga sebenarnya tidak menghormati Universal Declaration of Human Right:

Article 19
”Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers”

Articles 20
Everyone has the right to freedom of peaceful assembly and association.
Bukti Ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan.

Lihat kes Karpal Singh v Minister of Home Affairs ( 1988 ) 1 MLJ 468 .
Mahkamah Tinggi memerintahkan perintah tahanan ke atas Karpal diketepikan kerana tuduhan dalam perintah tahanan tidak betul dan Hakim Makamah Tinggi menyatakan bahawa perintah tahanan dibuat “without care and a proper sense of responsibility’. Kerajaan meminda seksyen 8 ISA dengan memperuntukkan seksyen 8B ( 1 ) yang melarang Mahkamah mempersolakan budibicara dan kuasa Menteri.

Meskipun Perkara 10 (1) menjamin kebebasan bersuara dan tidak boleh dipinda dengan mudah, namun “The contents can always be abridged or amended, making them, in practical terms, less significant: the contents can always be taken away.”9

Atas dasar itulah, Harding mengkritik dengan lantang bahawa “The provision is remarkable for what it takes that what it gives.”10 Apa yang lebih malang, dalam banyak keadaan pemimpin parti pembangkang seringkali menjadi mangsa apabila mereka cuba melaksanakan hak bersuara ini. Y.B. Lim Kit Siang pernah menyatakan bahawa “There is freedom of speech but there is no freedom after speech”.

Kesimpulan

DS Najib wajib menghapuskan ISA ini jika ingin dikenang sebagai seorang negarawan ulung yang mengambil kira kepentingan rakyat lebih dari kepentingan BN sendiri.

Bersambung ketulisan akan datang..

Rujukan:

HAK KEBEBASAN MENGELUARKAN PENDAPAT DARI PERSPEKTIF' NDANG-UNDANG MALAYSIA
Mohd Azizuddin Mohd Sani
Sekolah Pembangunan Sosial
Universiti Utara Malaysia

Hak Asasi, Undang-Undang dan Pengamalannya di Malaysia
Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Peguambela & Peguamcara

Ulasan

Catatan Popular