Kejamnya Undang2 Allah???
“Saya sekeluarga tidak akan memaafkan dua lelaki yang meragut nyawa ibu saya. Kalau bukan kerana mereka, pasti hari ini ibu saya masih bernafas”.. antara luahan rasa keluarga mangsa ragut terbaru yang membabitkan peragut di Malaysia ini ialah di Kelantan. Sehari selepas seorang wanita hamil maut dalam satu kes ragut di Johor, negara dikejutkan dengan dua lagi kematian tragis akibat jenayah yang sama di Pulau Pinang dan Kelantan.
Di Kota Bharu, seorang wanita hamil empat bulan yang juga ibu kepada lima anak, maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Padang Raja,Jalan Melor, Ketereh. Tahniah kepada PDRM kerana berjaya menangkap suspek dan jika didapati bersalah maka dia akan dijatuhi hukuman penjara “maksimum” 20 tahun, denda dan sebatan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Namun mutaakhir ini gejala ini semakin membarah, pelbagai saranan dilakukan antaranya menukar nama kepada “samseng jalanan” malah ada yg mencadangkan agar dikenekan hukuman berat seperti sebat. Tapi hakikatnya kita lupa bahawa undang0-undang Islamlah penyelesaian bagi segala masalah. Namun ada manusia melayu Islam yang mengaku Islam mengatakan undang-undang PAS lah… kejamlah… ramai yang memberontak nantilah…. tidak sesuai pada zamanlah…. kita masyarakat majmuklah…. Dan pelbagai luahan jahil tanpa bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah….
Ada yang mengatakan hukuman qisas dan memotong tangan menafikan hak seorang manusia, menaniayainya dan ini termasuk didalam hak kemanusiaan seseorang individu itu. Bagaimana pula hak orang yang menjadi mangsanya? Adakah orang ini tiada haknya pula? Bagaimana untuk mendisiplinkan mereka ini? Tetapi manusia yang bercakap isu ini boleh pula menerima hukuman gantung tanpa banyak soal. Hudud adalah dari Allah, manusia hanya melaksanakannya.
Bayangkan peragut yang telah membunuh ibu kita tadi dihukum penjara 15 tahun, namun selepas tamat hukuman dia masih boleh bebas ke sana ke mari sedang dialah ‘malaun’ yang telah menyebabkan ibu kita terbunuh. Adilnya hukuman manusia???
TIDAK MUSTAHIL PERKARA TERSEBUT BOLEH BERLAKU PADA IBU ANDA ATAU ISTERI ANDA ATAU ANAK ANDA ATAU SAUDARA ANDA… Masih kejamkah Allah yang telah menurunkan undang-undangNya agar dilaksana?????
oleh : Abu Nu'man
Ulasan
Catat Ulasan