Copy Paste Edisi Khas

Gua copy paste berita dari sinar harian khas untuk "Doktor" Ghaffur. Antara cerita 'top 5' yg akan diperbualkan oleh abu ghaisan hingga tengah malam ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rakyat sudah muak ditipu: Choo Keong

WANGSA MAJU - Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, pilihan raya di Perak perlu diadakan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut dan krisis politik di negeri itu.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah keadilan rakyat negeri Perak dibela melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya kecil dapat diadakan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang mereka inginkan.

“Sudah sampai masanya kita serahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang layak menerajui kepimpinan Perak.

“Bagaimanapun, Pakatan Rakyat (PR) tahu bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berani untuk membubarkan dewan tetapi kita akan tetap menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Katanya, PR akan tetap sabar menempuh cabaran ini tetapi sekiranya BN masih berdegil dengan sikap angkuh mereka, pada Pilihan Raya ke 13 nanti, beliau yakin penyokong PR akan menggulingkan pemimpin BN dan mereka akan kehilangan kuasa di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya semasa Program Wacana ‘Isu-isu Semasa’ anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Wangsa Maju di Ibu Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju di Danau Kot.

Hadir sama menyampaikan ceramah dan wacana penerangan pada malam tersebut adalah Ketua Penerangan Pemuda Kawasan PAS Wangsa Maju, Mohd Abdul Ghafur Abdul Rahim, Timbalan Ketua Bahagian Wangsa Maju, Buhairi Yaakob, Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan wakil PKR Wangsa Maju, Dr Ramzan

Turut hadir, KetuaAMK Wangsa Maju, Hamdi Mohd Said dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Mohd Zaman Mohd Tasi.

Choo Keong berkata, rakyat negara ini sudah bijak menilai dan muak dengan BN yang telah menipu mereka selama 50 tahun sejak kemerdekaan.

Baca lagi :sumber dari sini

Ulasan

Catatan Popular