Patut La taknak Lawan.. bagi Salah Tak Bagi Salah...

Tiada janji jika BN tanding DUN Penanti

BUTTERWORTH: Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat sebarang janji atau tawaran bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jika memutuskan untuk bertanding.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, tidak ada bajet untuk menaik taraf jalan, membaiki atau membina surau baru atau dewan serbaguna dalam kawasan berkenaan.

"Kita telah hapuskan semua (janji) ini kerana kita tidak mahu pengundi mengambil kesempatan terhadap kita.

"Bagaimanapun kita akan melakukan semua (pembangunan) itu jika mereka menunjukkan keikhlasan dalam menyokong BN dan seterusnya mengembalikan Penanti," katanya kepada The Star semalam.

Abdul Jalil berkata, BN telah mendapat pengajaran daripada taktik kotor pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang menasihatkan kepada ahli dan penyokong mereka untuk meminta sesuatu kepada kerajaan tetapi sebaliknya memberikan undi kepada pembangkang.

"Kita mahu berterus terang dan bersih kali ini, tiada lagi janji seperti sebelum ini dan kami akan tunjukkan komitmen dan keikhlasan kami jika anda memberika sokongan kepada kami melalui undian," katanya.

Mengulas mengenai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman, Abdul Jalil berkata, pemilihannya jelas menunjukkan penasihat parti itu mengamalkan sistem nepotisme kerana memilih bekas setiuasaha politiknya semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri sebagai calon.

Ulasan

Catatan Popular