P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok
“Apa di bawah pokok tu,” tanya Re seraya dijawab oleh Mi “Agaknya di bawah pokok sana tu orang jual ais krim tak”. Balas si Re “Ais krim nenek kau” ...itulah antara dialog yang diungkapkan oleh Re dan Mi setibanya mereka ke negeri Pasir Dua Butir setelah dibawa oleh tikar pandan terbang yang dikemudi oleh Do dari negeri Pasir Berdengung dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Tan Sri P. Ramlee. Rupa-rupanya di bawah pokok itu adalah kerajaan negeri Pasir Dua Butir. Jika dialog dan senario itu berlaku dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1972, kini setelah 37 tahun berlalu, drama bawah pokok benar-benar terjadi dalam politik tanah air apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN Perak di bawah pokok kira-kira 150 meter dari pagar utama bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh. Sidang itu dihadiri oleh 27 ADUN pembangkang bermula pada jam 10.20 pagi dan berlangsung kira-kira 15 minit.
Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.
Dato' Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin."
Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi �halal�. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.
Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap 'akulah aku' dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca.
Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato' yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok".
Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah.
Dato' Seri Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang 'takkan lari gunung dikejar'.
Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya 'MacBeth', sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya.
Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.
Justeru, kebencian rakyat Perak sekarang bukan kepada Umno, tetapi Dato� Seri Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden di Perak sekarang ini. -azm (Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, sasterawan Melayu yang mengetuai Warga Prihatin Malaysia - PRIMA) _
Ulasan
Catat Ulasan