Pakatan Rakyat fail tunntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok pagi


12 Feb 2009, Ipoh : Pakatan Rakyat akan memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi , Jalan Duta Kuala Lumpur besok (Jumaat 13 Feb 2009) jam 11.30 pagi, memohon pengisytiharan bahawa kerajaan BN yang ada di Perak hari ini adalah kerajaan yang tidak sah . Sebaliknya, mereka menuntut supaya Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai kerajaan yang sah.

Demikian dinyatakan oleh DS Nizar di kediaman rasmi Menteri Besar sewaktu sidang akbar diadakan jam 3.20 petang tadi.

Beliau juga memaklumkan kesemua 16 kenderaan kerajaan akan diserahkan dan ditempatkan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini mulai esok.

“Saya dan keluarga akan keluar dari kediaman ini secara terhormat dalam masa tempoh seminggu atau sepuluh hari lagi,” kata Nizar lagi.

Apabila ditanya dimana beliau akan tinggal, beliau menyatakan akan menyewa rumah yang berhampiran dengan sekolah al-Hidayah , dimana anak-anak beliau belajar.

Ulasan

Catatan Popular