2008...Pertama Kalinya.

BismiLlahirrahmanirrahim

Pertama kalinya..

Dalam sejarah Malaysia, kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN selama 50 tahun, kehilangan 5 + 1 (WP) negeri di bawah kekuasaannya kepada pembangkang.

Bagai nak gila orang-orang UMNO/BN sementelah lagi para pemimpinnya. Lari sini lari sana cuba selamatkan harta dan periuk nasi.

Yang pegang fail, musnahkan. Takut pemimpin baru nanti tahu segala penyelewengan. Yang pegang duit, pindahkan duit agar pemimpin yang akan datang tidak dapat merasai kemewahan itu semua.

Pertama kalinya...

Para penyokong tegar UMNO/BN ini menjadi suka pula kepada demonstrasi. Menjadi 'beruk-beruk' di jalanan. Demonstrasi sini, piket sana. Sorak sini, jerit sana. Semuanya kerana terkejut dek kerana hilang kuasa. Tak puas hati sikit, naik banner. Tak suka sikit, unjuk rasa.

Sekarang ni takpe lagi sebab masih di bawah kerajaan lama, bolehlah kata demonstrasi aman atau perhimpunan aman. Tapi kalau dah tukar kerajaan nanti, jangan cari masalah. Takut nanti jadi penghuni KEMTA yang begitu disanjungi para pemimpin sendiri.

Pertama kalinya...

Harga minyak di Malaysia ni, boleh berlaku turun naik. Kalau dulu harga minyak dunia aje yang turun naik tapi harga minyak di negara kita ni asyik mencanak aje naiknya. Tak pernahlah nak turun-turun kalau sekali dah naik.

Pernah pada tahun 2004, berlaku sehingga 2 kali kenaikan. Fuhhh... tiada siapa yang boleh menghalang.

Tapi sejak PRU-12 yang lalu, kerajaan pusat berubah sama sekali. Minyak naik sekali, tapi turun sehingga 4 kali dalam masa 3 bulan. Fuhhh... bagai nak gila pula penyokong kerajaan ni kata pemimpin mereka prihatin. Padahal mereka telahpun mengaut keuntungan dari kenaikan harga yang lalu.

Bayangkan harga kenaikan Rm 0.78 tapi turun Rm 0.55. Tak untung ke tu? Walhal harga minyak di pasaran dunia kini adalah di paras harga Rm 1.92 dulu. kenapa mesti turun sikit-sikit, sepatutnya kembali ke harga yang asal. Itupun suruh rakyat berterima kasih kerana pemimpin prihatin.

Bayangkan, seseorang yang datang menumbuk muka kita hingga bengkak-bengkak, lepas tu dicucinya dengan kain basah dan ditaruhnya ubat lalu meminta kita mengucapkan terima kasih. Apa kata anda?

Pertama kalinya...

Para pemimpin UMNO/BN sibuk dengan isu perlunya calon-calon yang ingin bertanding kerusi kepimpinan berdebat untuk buktikan kejaguhan. Itupun kena sembunyi-sembunyi, takut orang manipulasi, katanya.

Nak ambil contoh keterbukaan Amerika tapi kena buat secara tertutup. Apa ni? Ini tak lain kerana pemimpin-pemimpin mereka tidak mempunyai kebijaksanaan dalam memimpin akibat tiada visi dan misi. Sebab itu kena buat sorok-sorok, takut rakyat tahu kebodohan mereka melalui hujah-hujah yang akan mereka sampaikan.

Contoh yang paling ketara ialah debat harga minyak antara Dato Seri Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek pada Julai yang lalu. Mereka tidak mahu malu kerana mempunyai pemimpin yang bercakap laksana tong kosong. Bunyinya kuat tetapi tiada isi.

Pertama kalinya...

Kami para pemuda perjuangan islam ingin menyeru kepada seluruh orang-orang melayu, marilah sertai perjuangan islam yang dibawa oleh PAS. InsyaAllah anda akan dapati jalan hidup yang sebenar-benarnya menuju Allah SWT.

Kalau melayu yang kita hebohkan, islam akan meninggalkan kita tetapi kalau islam yang kita tegakkan, pastilah melayu itu akan tinggi menjulang.

Yakinlah dengan janji Allah, jika redhaNya yang kita cari, maka pasti redha itu yang akan kita temui. Sesungguhnya perjalanan hidup kita hanya menuju akhirat, tidak akan sama sekali kita mati lalu pergi ke suatu negeri lain selain negeri akhirat yang segalanya adalah milik Allah SWT.

Renungkanlah serta bertindaklah segera sebelum maut menjemput kita sedangkan kita masih leka di dalam kesesatan melayu yang tiada penghujung.

Takbir!!! Allahu Akbar

Ulasan

Catatan Popular