Eidulfitr bersama keluarga DPPWM

Semalam ketika rakyat jelata berkejaran ke stadiun malawati,s.alam dan ke kelab sultan sulaiman,kg.baru utk menghadiri majlis rumah terbuka PKR & PAS, para pejuang DPPWM juga tidak ketinggalan dalam menyambut kemenangan di bulan syawal ini.

Namun, bukan berpeluh ke kedua-dua majlis 'grand' tersebut tetapi bagi menjayakan majlis raya bersama keluarga DPPWM yg diadakan di taman permainan,taman melati.
Berbeza dengan sambutan eidulfitr sebelum ini yg lebih kepada majlis rumah terbuka, tahun ini DPPWM mengambil pendekatan meraikan keluarga terdekat kepada ahli DPPWM.

Majlis yg dimulakan seawal jam 9 pagi ini, dihadiri oleh para zaujah dan zaujah-zaujah, anak-pinak,mertua serta ipar-duai yg setia menanti sehingga berakhirnya majlis.

Majlis telah diserikan lagi dengan tetamu jemputan iaitu En. Razak(wakil kpd Ahli Parlimen Wangsa Maju) serta Ustaz Riduan Md Nor (Exco DPP Pusat).

Bagi menceriakan lagi majlis semalam, pihak penganjur telah menyelitkan acara sukaneka bagi anak-anak dan para zaujah dengan menyediakan hadiah-hadiah sebagai tanda kenangan. En. Razak telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Semestinya majlis yg diberkati akan disulami dengan tazkirah. Tanpa melepaskan peluang pahala, Ustaz Riduan telah menyampaikan ilmu dan nasihat bagi memantopkan lagi semangat juang kepada ahli DPPWM serta keluarga.

Kegirangan dan kegembiraan anak-anak menyambut majlis raya tidak lengkap tanpa duit raya dan Ustaz Riduan Md Nor sudi menyampaikannya.

Pengarah Projek berserta para exco-exco nya telah berjaya menjadikan majlis ini sebagai satu tautan ukhuwah antara keluarga-keluarga para pejuang dan pendokong DPPWM agar jalan juang sentiasa 'direstui' dan diteladani oleh anak-anak serta zaujah tercinta.

Keriangan anak-anak berkejaran di taman permainan dan ramah santun antara zaujah menjadikan majlis ini terasa begitu singkat dan bermakna sekali.

Tahniah dan syabas kepada Tuan Pengarah Projek, Sdr. Ghaffur serta para sahabah yang bertungkus lumus bagi memastikan majlis ini lancar dan ceria bukan sahaja kepada ahli DPPWM tetapi juga kepada ahli keluarga yang hadir.

Jazakaallah khair akhi!


Ulasan

Catatan Popular